“Jaga-Jaga Pergerakan Anda Sedang Diperhatikan..” JAWI Bagi Peringatan Khas Buat Geng ‘Plastik Hitam’

| April 14, 2021 | 0 Comments

“Jaga-Jaga Pergerakan Anda Sedang Diperhatikan..” JAWI Bagi Peringatan Khas Buat Geng ‘Plastik Hitam’ | Terma bagi geng ‘plastik hitam’ sudah pasti umum ketahui mengenainya pada bulan puasa. Geng ‘plastik hitam’ adalah gelaran bagi individu yang ponteng puasa dan berani untuk membeli serta membungkus makanan di kedai makan pada siang hari.

"Jaga-Jaga Pergerakan Anda Sedang Diperhatikan.." JAWI Bagi Peringatan Khas Buat Geng 'Plastik Hitam

Berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang perlu umat Islam tunaikannya. Oleh itu perbuatan bagi ponteng puasa tersebut amat lah salah dan dilarang di sisi Islam.

Terbaru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah keluarkan satu peringatan bagi geng ‘plastik hitam’ tersebut. Tindakan akan diambil pada umat Islam yang tidak menghormati pada bulan Ramadan. Ia juga termasuk makan di tempat awam.

Selain itu, premis perniagaan/restoran yang menjual makanan kepada golongan ini akan turut dihukum. Penguatkuasaan, pemantauan dan operasi akan dibuat pada bila-bila masa.

Berikut merupakan hukuman bagi individu yang ditangkap atas sebab ponteng puasa di bulan Ramadan :

  1. Individu tersebut akan di denda sebanyak RM 1000 atau penjara sehingga 6 bulan jika sabit kesalahan.
  2. Ini berdasarkan Seksyen 15 Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.
  3. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda sehingga RM 2000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Jaga-Jaga Pergerakan Anda Sedang Diperhatikan.." JAWI Bagi Peringatan Khas Buat Geng 'Plastik Hitam

Sumber : BERNAMA

Tags: , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *