Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021 | Khalifah Media Networks –  Bulan suci Ramadhan merupakan suatu kesempatan bagi setiap hamba Allah di muka bumi ini untuk lebih meningkatkan ketakwaan kerana ia telah diberi keutamaan  atas asbab-asbab terjadinya beberapa peristiwa penting seperti turunnya Al-Quran pada bulan Ramadhan yang disebut sebagai ‘Syahrul Quran’. Diturunkan Al-Quran pada bulan ini menunjukkan bukti nyata bahawa Ramadhan merupakan bulan kemuliaan dan keutamaan di antara bulan-bulan Islam yang lain.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021

Berpuasa merupakan salah satu ibadah yang wajib dilakukan apabila tibanya bulan Ramadhan. Puasa dikatakan menjadi pintu segala ibadah kerana dengan melakukan ibadah puasa sudah tentu Allah akan mengampuni segala dosa hamba-hambanya. Dosa yang diampuni justeru dapat memberikan ketenangan serta memberi ‘cahaya’ terhadap hati supaya seorang hamba tersebut lebih ‘ghairah’ dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ulama turut memperingatkan kepada kita bahawa hanya dosa-dosa kecil yang terhapus manakala dosa-dosa besar perlulah melakukan taubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Berikut merupakan lampiran Takwim Berbuka Puasa serta jadual Imsak di Bulan Ramadhan bagi tahun 2021 (Masihi) iaitu bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Pahang. Diharapkan agar perkongsian Takwim atau Jadual Berbuka Puasa bagi tahun 2021 ini dapat memberikan kemudahan buat warga di sekitarnya untuk membuat semakan waktu bagi sahur serta berbuka dengan lebih tepat, Insya-Allah.

Sebagai makluman kepada orang ramai, lampiran Takwim Waktu Berbuka Puasa serta Imsak bagi tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) ini adalah rasmi terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 1: Pulau Tioman

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 2: Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 3: Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jengka dan Jerantut

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 4: Bentong, Raub dan Lipis

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 5: Bukit Tinggi, Genting Sempah dan Janda Baik

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 6: Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021

Kemuliaan dalam bulan Ramadhan salah satunya adalah hadirnya satu malam (ganjil) yang penuh barakah serta kemuliaan di antara malam-malam terakhir yang dikenali sebagai malam Lailatul-Qadr. Malam ini dikatakan menjadi ‘malam yang lebih baik dari seribu malam’ saat ianya bakal jatuh pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan iaitu saat turunnya Al-Qur’annul Karim.

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)

Diharapkan perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Pahang yang beragama Islam dalam membuat semakan terhadap masa yang ideal untuk bersahur iaitu sebelum tibanya waktu Subuh serta berbuka puasa yang tepat pada waktunya.

Share.

Leave A Reply