Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Melaka Tahun 2021 | Kehadiran Bulan Ramadhan amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia khususnya di Malaysia. Kerana keistimewaan bulan ini iaitu terletak padanya kebaikan yang bernilai serta amalan berlipat ganda yang tidak boleh diperoleh pada bulan-bulan selainnya.

Jadual Waktu Berbuka Seluruh Negeri Melaka Tahun 2021

Bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat. 10 malam beriikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah). Manakala 10 malam terakhir adalah pembebasan dari azab api neraka. Keberkatan yang diberikan Allah SWT ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Berikut merupakan lampiran Takwim Berbuka Puasa serta jadual Imsak di Bulan Ramadhan bagi tahun 2021 (Masihi) iaitu bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Melaka. Diharapkan agar perkongsian Takwim atau Jadual Berbuka Puasa bagi tahun 2021 ini. Dapat memberikan kemudahan buat warga di sekitarnya untuk membuat semakan waktu bagi sahur serta berbuka dengan lebih tepat, Insya-Allah.

Sebagai makluman kepada orang ramai, lampiran Takwim Waktu Berbuka serta Imsak bagi tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) ini. Adalah rasmi terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Seluruh Negeri MelakaJadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Melaka Tahun 2021

Hadis Rasullulah S.A.W dalam menekankan kelebihan dalam bersabar di bulan puasa sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud. “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)

Diharapkan perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Melaka yang beragama Islam dalam membuat semakan. Terhadap masa yang ideal untuk bersahur iaitu sebelum tibanya waktu Subuh serta berbuka puasa yang tepat pada waktunya.

Share.

Leave A Reply