Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Terengganu Tahun 2021 | Khalifah Media Networks – Kehadiran Bulan Ramadhan amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia khususnya di Malaysia kerana keistimewaan bulan ini iaitu terletak padanya kebaikan yang bernilai serta amalan berlipat ganda yang tidak boleh diperoleh pada bulan-bulan selainnya.
Bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat, 10 malam beriikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir adalah pembebasan dari azab api neraka. Keberkatan yang diberikan Allah SWT ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Berikut merupakan lampiran Takwim Berbuka Puasa serta jadual Imsak di Bulan Ramadhan bagi tahun 2021 (Masihi) iaitu bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Terengganu. Diharapkan agar perkongsian Takwim atau Jadual Berbuka Puasa bagi tahun 2021 ini dapat memberikan kemudahan buat warga di sekitarnya untuk membuat semakan waktu bagi sahur serta berbuka dengan lebih tepat, Insya-Allah.
Sebagai makluman kepada orang ramai, lampiran Takwim Waktu Berbuka serta Imsak bagi tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) ini adalah rasmi terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 1: Kuala Terengganu, Marang Dan Kuala Nerus
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 2:Besut dan Setiu
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 3:Hulu Terengganu
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 4: Kemaman dan Dungun
Bulan Ramadhan menjadi bulan santunan apabila orang-orang beriman sedar akan kepentingannya bagi mendidik diri untuk memiliki rasa simpati terhadap saudara mereka sesama Islam serta fakir miskin yang merasa lapar dan dahaga sepertimana dirasai golongan-golongan yang tidak berkemampuan itu. Oleh itu, kaum Muslimin dianjurkan supaya sentiasa bersikap bermurah hati bagi membantu golongan yang lebih memerlukan tanpa mengharapkan balasan sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur’an. Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”
Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Terengganu yang beragama Islam dalam membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur iaitu sebelum tibanya waktu Subuh serta berbuka puasa yang tepat pada waktunya.