Jangan Dibanding Siapa Lagi Penat | Assalamualaikum semua. Sengaja saya memilih ruangan ini agar dibaca sama oleh kaum adam. Saya nak share sakitnya hati marahnya rasa bila suami cakap “ibu bekerja lagi penat daripada suri rumah” sedangkan saya isterinya, suri rumah sepenuh masa.
Semuanya bermula bila dia cerita rakan rakan perempuan di tempat
kerjanya bila balik kerja tidak terus ambil anak dari pengasuh, tapi
balik mandi rehat rehat dulu baru ambil anak dari pengasuh.
Saya jelaskan penat suri rumah ni bukan penat fizikal tapi lebih kepada
penat emosi. Hadap anak anak 24 jam. Tiada istilah siapa lagi penat.
Bekerja atau suri rumah , sama sama penat.
Suami masih pertahankan pendiriannya sambil membandingkan pula dirinya
yang lelaki pun balik kerja, penat. Apatah lagi perempuan bekerja.
Membaranya saya rasa. Tapi saya tahan. Tak guna saya balas sebab dia
bukan pernah jadi suri rumah. Tak pernah lagi seumur hidupnya jaga anak
anak 24jam tanpa saya.
Anak anak saya pula semua susu badan, tak pernah tinggal anak semasa
anak anak masih bayi dengan ayah mereka, melebihi 2jam.
Jadi saya tinggalkan bayi kami dengan suami dan ambil wuduk untuk solat.
Tak lama tu suami beritahu bayi kami masukkan penutup sejenis krim
natural ke dalam mulut.
Saya tak risau sebab tiada bahan bahaya. Cuma perut anak saya ni
sensitif. Mudah kembung.
Usai solat saya duduk bersendiri masih merajuk. Bayi kami mula menangis
meraung raung tak pernah meraung begitu. Sakit perut gamaknya.
Saya jugalah yang kena sapu minyak. Urut urut. Sampai bayi sendawa dua
kali. Lepas tu saya pujuk pujuk sambil susukan dia.
Saya tanya suami, tengok tak anak tadi? Dia kata tengok. Saya tanya
tengok macam mana? Nampak tak muka anak? Nampak tak tangan anak? Ke
nampak kepala saja?
Sebab suami tengok sambil baring atas katil. Anak pula di atas lantai
tepi katil sana.
Suami terdiam. Nampak sangat dia tengok ala kadar, sekadar tengok di
mana anak. Bukan tengok apa anak buat.
Suami jawab, “balasan”
Maksudnya balasan terhadap dirinya atas kata katanya.
Terus saya luahkan semua. Ingat saya duduk rumah jaga anak anak ni
tengok macam abang tengok? Sekadar tahu di mana anak?
Saya duduk rumah, tangan anak baru mula nak mengutip pun saya nampak.
Gerak geri anak semua saya perhati.
Sedangkan anak tu lincah bergerak bukan statik macam patung. Bukan budak
besar boleh faham kalau kita kata jangan.
Kawan kawan abang tu balik rumah rehat dulu sebab nak dapatkan tenaga
kembali untuk jaga anak anak pula. Maksudnya nak buat kerja lain pula
yang turut memenatkan.
Nak hadap ragam anak anak memang tak penat macam kerja buruh bina
bangunan, penatnya penat lain.
Suri rumah tu memanglah bukan sejenis pekerjaan dapat gaji tapi dia
tetap buat kerja.
Kalau rasa jadi suri rumah tak penat atau tak lah penat mana, jadilah
suri rumah sepenuh masa dulu dengan adanya anak anak kecil. Barulah rasa
macam mana.
Saya suri rumah tapi tidaklah saya kata ibu bekerja itu tak penat. Semua
orang ada penat tersendiri dalam memainkan peranan masing masing. Jangan
dibanding banding.
Saya, kalau orang lain yang kata saya tak ada hal. Tapi bila suami
sendiri yang kata, memang cari hal….
– Suri (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions