‘Jangan Gunakan Najis Lembu Untuk Merawat Covid-19’ Jelas Doktor India

| May 11, 2021 | 0 Comments

‘Jangan Gunakan Najis Lembu Untuk Merawat Covid-19’ Jelas Doktor India | Segelintir rakyat di India yang masih tidak mempunyai kesedaran dalam pendidikan selepas mereka dikatakan masih mempercayai rawatan ‘tradisional’ mereka dengan menggunakan najis lembu sebagai salah satu cara bagi merawat Covid-19.

Jangan Gunakan Najis Lembu Untuk Merawat Covid-19' Jelas Doktor India

Menurut pakar perubatan di India, tiada bukti saintifik yang menunjukkan bukti keberkesanan najis lembu terhadap rawatan penularan Covid-19 malah risiko mengundang penyakit lain.

Kes Covid-19 di India telah mencapai tahap kritikal setelah mereka dilaporkan telah mencapai sebanyak 22.66 juta kes positif dikesan di seluruh negara dan 246,116 kes kematian dilaporkan setakat ini. Beberapa pakar pula menyifatkan bahawa angka sebenar kes mungkin melebihi 5 hingga 10 kali ganda daripada yang dilaporkan.

Di daerah Gujrat, barat India dikatakan ramai diantara rakyat India melawati pusat rawatan lembu iaitu sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melumur badan mereka dengan najis dan air kencing lembu. Kepercayaan tersebut terus ‘dipegang’ oleh sebilangan rakyat India selepas dipercayai dapat meningkatkan imuniti mereka atau mampu memulihkan mereka daripada virus COVID-19.

Masyarakat di India telah mengamalkan penggunaan najis lembu selama berabad-abad lamanya bagi membersihkan rumah mereka serta dalam ritual keagamaan kerana ia dipercayai mempunyai unsur terapeutik dan antiseptik serta lembu juga dianggap sebagai simbol suci untuk kehidupan di dunia, menurut kepercayaan masyarakat India..

Menurut seorang pengurus sebuah syarikat farmaseutikal Gautam Manilal Borisa, beliau menyifatkan bahawa ‘amalan’ tersbut turut dipraktikkan oleh beberapa doktor serta mengakui bahawa amalan tersebut membantunya pulih daripada jangkitan COVID-19 tahun lepas.

Jelasnya lagi, amalan tersebut pernah dilakukan oleh  Sekolah Shree Swaminarayan Gurukul Vishwavidya Pratishthanam yang dikatakan diuruskan oleh sami Hindu di Ahmedabad dimana pelajar di sekolah tersebut akan melumur campuran najis dan air kencing lembu itu di badan mereka sebelum mengamalkan yoga bagi meningkatkan tahap tenaga dalam badan.

Para doktor serta saintis di seluruh negara telah memberi amaran terhadap bahana amalan tersebut terhadap kesihatan badan kerana ia berkemungkinan akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain serta dilihat akan menyumbang kepada penularan virus COVID-19 kerana melibatkan orang ramai berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *