Wanita Cuba Membunuh Anaknya Kerana Mirip Wajah Perogolnya | Tidak dinafikan masa silam yang hitam memang sukar dilupakan kerana ia memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kehidupan kita.  Hal ini kerana ia meninggalkan kesan trauma kepada individu yang mengalami masa silam yang kelam.

Wanita Cuba Membunuh Anaknya Kerana Mirip Wajah Perogol

Singapura: Akibat dirogol oleh saudara kandungnya ketika kecil, seorang wanita di sini cuba membunuh anak lelakinya sendiri.

Hal ini kerana wanita terbabit mendakwa anak lelakinya mirip dengan wajah individu yang merogolnya.

Akibatnya, dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara pada 5 Mei lalu selepas mengaku bersalah kerana melakukan cubaan membunuh anak kandungnya itu.

The Straits Times melaporkan wanita yang berusia 29 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan sejak Januari hingga Julai 2019.

Dia melakukannya dengan memberi 13 suntikan insulin terhadap anak lelakinya yang mana jarum dan insulin dibeli di sebuah farmasi di Johor Bahru, Malaysia pada Januari 2019.

Wanita terbabit mengetahui kesan insulin terbabit yang membawa maut namun tetap meneruskan niatnya dan selepas menerima suntikan itu anaknya mengalami sakit kepala namun dapat diselamatkan.

Ia selepas mangsa sempat dibawa menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura pada 10 Jun 2019.

Perbuatan wanita terbabit terbongkar selepas anaknya memberitahu petugas perubatan bahawa ibunya sudah beberapa kali memberikannya suntikan.

Petugas itu kemudian bertemu dengan wanita berkenaan yang mengakui melakukannya dan polis kemudian bertindak menangkapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Bhajanvir Singh memaklumkan wanita berkenaan pernah menjadi mangsa seranga seksual ketika berusia antara sembilan hingga 12 tahun.

Katanya, ketika itu, wanita terbabit tinggal bersama ibu bapa dan tiga adik-beradik lelaki.

Ketika itu, salah seorang saudara kandungnya itu merogolnya dan lelaki itu kemudian dihantar menjalani sekolah pemulihan selama dua tahun.

Susulan daripada kejadian itu, hubungan wanita itu dengan ibu bapanya tidak lagi harmoni.

Saudaranya itu juga baru mendirikan rumah tangga pada baru-baru ini dan itu menyebabkan wanita terbabit terkenang peristiwa ia dirogol oleh lelaki itu.

Dia kemudian mahu membunuh anaknya sendiri kerana wajahnya mirip seperti saudara kandungnya.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply