“Saya tidak mampu lagi menangis ketika itu, hanya menahan kesakitan,” kata Siti Zainab Bachok, 49, apabila empat jari kanan hancur selepas tersangkut pada mesin pemerah tebu di rumahnya di Kampung Bagan Laut, Rengit, dekat sini.

Selain kehilangan empat jari, wanita kepada lima anak itu juga terpaksa menerima kenyataan apabila kudung ibu jari dalam kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi.

Menceritakan kejadian itu, katanya, dia berseorangan sedang menyiapkan tempahan air tebu pelanggan.

“Pada hari itu, saya memulakan tugas lebih awal kerana ada pelanggan mahukan air tebu beku. Baru beberapa minit proses perahan bermula, saya terasa jari tersangkut.

“Tidak rasa sakit ketika itu malah saya sempat mematikan enjin menggunakan tangan kiri. Saya kemudian memanggil salah seorang saudara memaklumkan perkara itu.

“Dengan bantuan saudara terdekat, mereka membuka skru dan menarik tangan saya perlahan-lahan. Ketika itu, barulah saya mula rasa berdenyut,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.

Menurutnya, anak lelakinya segera membawanya menaiki kereta untuk dihantar ke HSNI yang mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai.

“Sewaktu dalam perjalanan ke hospital, saya hanya mampu berdoa kerana terlalu sakit dengan darah mula mengalir.

“Saya tengok kulit dan daging jari sudah hancur dan terburai. Rasa ngilu dan perasaan untuk menangis sudah tiada waktu itu,” katanya sambil membelek-belek tangan yang masih berbalut.

Siti Zainab menjalani pembedahan hampir dua jam untuk membuang kulit dan daging hancur pada tangannya.

“Doktor beritahu jari tak boleh diselamatkan, hanya tinggal tulang sebab daging sudah tiada. Lagipun proses menampal semula kulit sudah tidak dilakukan kerana melebihi tempohnya,” katanya.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Masalah Mental Ceroboh Balai, Gigit Jari Polis Sampai Putus

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja mengugut ingin menyimbah asid, seorang lelaki malah bertindak luar kawalan apabila menggigit jari manis seorang anggota polis sehingga putus, dalam satu kejadian di hadapan Pos Pengawal Balai Polis Sungai Besi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, ketika kejadian yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu, pengadu bersama seorang rakan sekerja sedang bertugas.

“Seorang lelaki warga negara berusia 34 tahun datang dan menjerit mahu menyimbah asid. Suspek kemudian menyimbah muka dan badan pengadu menggunakan air botol mineral sebelum bertindak meluru masuk ke dalam perkarangan balai.

“Suspek juga membaling satu tin Red Bull ke arah dinding kaca sebelah kiri dan mengakibatkannya pecah. Setelah itu, berlakunya pergelutan antara pengadu, dua orang rakan sekerja dan suspek.

“Bertindak agresif, suspek kemudian menggigit jari manis tangan kanan salah seorang rakan sekerja pengadu sehingga putus di bahagian hujung jari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Zam Halim lagi, suspek yang mengalami kecederaan ringan berjaya ditangkap dan hasil siasatan mendapati terdapat rekod dikehendaki polis berkenaan satu kes penipuan.

“Ujian saringan awal air kencing suspek juga didapati positif ‘Amphetamine’ dan ‘Methamphetamine’ serta suspek pernah mendapat rawatan psikiatri pada tahun 2020, tetapi tidak memiliki sebarang kad rawatan mental,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 21 April.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply