Kak Long Dilihat Derhaka

| July 8, 2020 | 0 Comments

Kak Long Dilihat Derhaka | Assalamualaikum. saya berikan nama Mariam untuk mewakili diri saya, kerana saya sangat sukakan perwatakkan mariam ibu Nabi Isa, semestinya nama samaran bagi mengelakkan diri dikenali oleh kenalan yang membaca luahan ini.

Saya anak sulung, ibu abah berkahwin awal, ibu bersalinkan saya ketika
usia 18 tahun, menjadi anak sulung kepada ibu abah yang berdarah muda
bukan senang.

Masih saya ingat abah merendam muka saya didalam penuh nya baldi air
berkali-kali, ibu yang kerap memaki hamun dengan perkataan b***h.

Jarak umur saya dan adik saya adalah 10 tahun, semasa sekolah rendah
kawan-kawan kerap mengejek dan mengatakan saya anak emas.

Apabila saya berusia 10tahun, ibu disahkan mengandung, saya manusia
paling gembira, semasa ibu dalam pantang, sayalah yang bertungkus lumus
membantu ibu kerana rasa berterima kasih memberikan saya adik.

Tapi, sejak memiliki adik, kemarahan ibu abah semakin teruk, saya
menjadi mangsa makian setiap hari, dan adik ditatang penuh oleh ibu abah.

Apapun jadi, saya tidak pernah menyimpan dendam pada ibu abah, saya
sedar, ibu abah masih muda semasa menerima saya, dan apabila hadirnya
adik, ibu abah sudah matang, semestinya segala kemarahan ibu abah akan
lempar kepada saya bukannya adik.

Selepas spm, (saya 18 tahun, adik 8 tahun) saya buang niat untuk sambung
belajar walaupun memiliki keputusan yang baik, saya terus bekerja
dikedai runcit dikampung, untuk membantu ibu abah.

Saya kesiankan mereka, bil air dan elektrik sentiasa tertunggak,
pengutip hutang perabut pun selalu mengejar mereka. Saya bekorban untuk
keluarga. Ibu abah tak membantah kerana keluarga kami memang memiliki
masalah duit.

Usia saya 23 tahun, adik 13 tahun, gaji saya RM900, adik diasrama swasta
di negeri sama dengan rumah kami. Walaupun ada masalah kewangan, ibu
abah sanggup masukkan adik ke sekolah swasta demi nak adik berjaya.

Mata saya menyaksikan betapa susahnya ibu abah setiap kali perlu
menyelesaikan yuran dan keperluan asrama swasta, saya sangat stress
kerana merasakan diri tak berguna tidak mampu membantu apa-apa.

Dikusutkan pula dengan adik yang remaja, minta kami lawat setiap minggu
dan dibawakan makanan untuk dia, walhal duit isi minyak kereta pun saya
tak ada ketika itu, apatah lagi ingin membawa makanan setiap minggu.

Usia saya 27 tahun adik 17 tahun, saya berkahwin, ikut suami merantau,
meninggalkan keluarga setelah 27 tahun bersama mereka. Allhamdulillah
hasil pengalaman bekerja dikedai runcit, saya mempunyai sk1ll dalam
bidang perniagaan yang luas, saya gunakan pengalaman sehabis baik.

Perniagaan saya berkembang. Saya berangan untuk membiayai pembelajaran
adik, tapi kecewa melihat keputusan spm adik, walhal saya pernah
berpesan “tugas kau belajar betul-betul, kakak cari duit”.

Selepas SPM adik dirumah, setelah bertahun diasrama, memandangkan saya
punyai income yang lumayan, saya berikan kepada ibu abah, saya berikan
macam-macam termasuk biayai percutian.

Saya nak keluarga saya rasa apa yang tak pernah mereka rasa, seperti
tengok wayang, handphone canggih, baju berjenama, saya limpahkan segalanya.

2019 ; Tragedi berlaku bila abah dapat keluarkan kwsp, abah habiskan
duit kwsp dalam masa sehari untuk kereta.

Saya cukup marah, otak saya terkenang kembali kesusahan kami untuk
memiliki duit, dan kenapa abah sanggup habiskan duit dalam masa sehari,
saya sangat kecewa kerana ibu abah langsung tidak memiliki simpanan.

Adik mesej mengadu, kereta baru abah dah mula rosak walaupun baru beli
seminggu, adik kata ibu abah minta dirahsiakan dari saya kerana saya
masuk campur urusan kewangan mereka. Remuknya hati saya, panjang mesej
saya taip untuk ibu abah tapi mereka tidak membalas.

Hari berganti hari, macam-macam mesej dari adik saya terima mengadukan
perihal ibu abah yang menyakitkan hati saya. Tapi walaupun saya geram
dengan ibu abah, setiap minggu pasti saya melawat mereka dikampung.

Yang aneh, kalau saya pulang ke kampung, adik mesti tiada, dia balik
pukul 1 pagi, anehnya saya rasa bila ibu abah langsung tak memarahi adik.

Teringat semasa saya bekerja dikedai runcit, pulang lewat abah mem4tikan
semua lampu rumah tanda marahkan saya, tetapi bila dengan adik, abah
bebaskan sebab abah kata abah dah tua nak menegur.

Saya mula berasakan sesuatu yang tak sedap pada adik, dia gemar
mengadukan pelbagai perkara buruk tentang ibu abah kepada saya tetapi
melalui facebook, dia paling manja berpeluk dengan ibu abah, bila saya
pulang ke kampung, kereta kwsp abah yang dikutuk-kutuk itu digunakan
untuk kemana-mana.

Suatu hari, saya bergaduh lagi dengan ibu didalam group whatsapp
keluarga, saya baru membeli rumah baru, saya ajak ibu untuk datang,
disebabkan ibu merajuk, ibu mesej adik yang ibu tak nak datang, adik
forward mesej kepada saya.

Saya left group, saya bukan left group kerana marah ibu merajuk dengan
saya. Tetapi saya mula aneh, kenapa perkara seperti itu ibu perlu mesej
kepada adik dan adik forward kepada saya, kenapa tak direct kepada saya?

Kesan left group, adik saya mengamuk, (yang bergaduhnya saya dan ibu,
tetapi dia yang mengamuk) adik luah kata saya mengada dan macam-macam
perkara diungkit termasuk sekecil-kecil perkara kalau saya balik ke
kampung mengadu panas

(Walhal saya mengadu panas ketika berpantang, wajar untuk saya
mengeluh), adik ungkit tentang kereta pemberian saya kepada dia (walhal
saya bahagia dapat membantu dia).

Adik luah segala-galanya termasuk adik kata ters3ksa duduk rumah bersama
ibu abah dan katakan saya tak memahami kerana saya diperantauan.

Allahuakbar, adik baru 3 tahun duduk dirumah sebab selamani diasrama,
mula mempertikaikan saya duduk diperantauan, terlupakah adik bahawa saya
27t ahun disisi ibu abah selama ni?

Selepas menerimakan mesej luahan adik, saya diam dan blok adik, 3 bulan
selepas blok, adik bertunang, sebenarnya semasa hubungan kami baik.

Saya pesan pada adik untuk usaha mencari duit dahulu baru memikirkan
pertunangan atau perkahwinan, sebab apabila bertunang tanpa ada
simpanan, diri akan stress.

Rupanya, dibelakang saya, ibu minta adik merahsiakan dari saya tentang
adik dirisik. Apabila waktu bertunang sudah diketahui, baru saya tahu.

Kecewanya saya ketika itu, busybody betul ke saya ni sampaikan ibu abah
minta dirahsiakan dari saya, saya risaukan adik, adik baru 19 tahun.
Majlis pertunangan adik, saya hadir dan sponser kek untuk adik, berborak
dengan adik seperti biasa walaupun hati bagai dihiris hiris.

Sehingga kini, antara kami berdua, saya yang memulakan perbualan dahulu,
dihari raya, saya yang mesej memohon maaf dahulu, ruangan fb dan ig saya
tidak blok lagi, tapi saya tidak cuba untuk add adik, adik pula langsung
tidak memulakan apa-apa usaha untuk berbaik dengan saya.

Saya tahu, adik cemburu dengan saya, semasa saya dalam kesusahan
berjuang membina kehidupan, adik diasrama, adik kembali duduk dirumah
setelah habis spm.

Ketika itu saya sudah mula berjaya, dari apa yang saya limpahkan untuk
keluarga, adik cemburu, sebab itu adik lagakan saya kepada ibuabah, adik
rasa rendah diri atas apa yang dia ada.

Sekarang, keluarga kami, tiada lagi group whatsapp kerana sejujurnya ia
memecah belahkan, selama ini segala kejayaan yang saya share kepada
keluarga, saya ingatkan ia akan membanggakan keluarga kerana mereka
darah daging, rupanya, tidak. Ibu abah mungkin berbangga, tetapi bukan
adik beradik.

Saya menyesal masuk campur hal kewangan ibu abah, saya menyesal
melimpahkan pelbagai benda kepada adik kerana limpahan itu saya dituduh
menunjuk.

Kakak sulung menyesal,

– MARIAM (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *