Kak Mia, Kau Teguh Macam Karang | Aku Reen. Aku suka nak buka cerita tentang kawan aku sorang ni. Aku namakan dia Kak Mia. Dia ni sempoi je. Suka buat lawak b*d*h tapi lawak dia memang menjadi.

Aku selalu sakit perut sebab dia selalu buat lawak. Semua benda dia akan
twist jadi lawak. Kadang-kadang time aku stress pun aku akan hilang
stress dengan lawak dia.

Dia dah nak masuk 40 tahun tau. Ada tiga orang anak. Comel-comel anak
dia dan cerdik betul.

Yang sulung tu kalau cakap english kalah minah salleh. Yang nombor dua
pulak cheeky sangat, macam mak dia. Yang bongsu baby lagi, aku tak tau
karaktor dia macam mana. Tapi gebu tu sama macam mak dia jugak, hahahaha.

Kawan aku, banyak beban di bahu. Tapi kalau kau tak kenal dia, kau tak
tahu pun dia ada masalah dan dia ada banyak komitmen. Sebab dia ceria
dan ketawa je sentiasa. Macam semua takde hal.

Orang perli atau melawak and usik dia gemuk pun dia gelak je kat lawak
orang tu. Bukan gelak cover tau, gelak geli hati! Eh tak faham aku.

Dia ni bertanggungjawab betul aku tengok. Dia jaga mak saudara dia yang
tak sihat. Mak saudara dia kena strok tau. Takde orang nak jaga
termasuklah anak kandung mak saudara dia ni.

Dia kesian so dia ambil duduk sekali dengan dia. Pagi-pagi dia selalu
kilam-kabut, sebab kena sediakan macam-macam keperluan mak saudara dan
anak-anak dia sebelum ke office.

At the same time, mak kandung dia sendiri pun tak sihat. Tapi mak kawan
aku ni, sama je kuat semangat macam kawan aku ni, strong all the time.

Aku tak tahupun mak kawan aku ni sakit, tapi satu hari tu dia cuti lama
dan bagi tau kena jaga mak dia sakit kena minor strok. Barulah aku tau
mak kandung dia pun sakit. Aku pergi visit. Eh boleh gelak lagi dua
beranak tu buat lawak.

Kawan aku ni sayang family dia. Kawan aku baru je beli rumah. Besar
rumah dia. Dia pernah bagi tau aku, ‘akak sejak kena potong duit rumah
ni, tak boleh dah belanja macam biasa. Tak boleh shopping sangat.
Komitmen tinggi dah.’

Bayaran bulanan rumah dia RM2000 lebih guys! Tapi, kuatnya semangat
kawan aku ni, dia buat a few part time jobs to cover her expenses. Aku
pernah tanya kenapa beli rumah besar-besar? ‘Ni bukan rumah akak, akak
tolong bayar je. Akak beli rumah ni sebab nak mak akak selesa, dan nak
anak-anak selesa.’

Betul, rumah dia tu semua orang duduk situ. Mak dia yang tak sihat, mak
saudara dia yang strok, mak saudara dia yang OKU.

(Ye guys, dia ada mak saudara OKU jugak tau yang dia jaga), adik dia,
anak-anak dia & of courselah suami dia. Tapi aku tengok, kawan aku ni,
sentiasa cukup makan pakai dia walaupun high commitment.

Boleh je aku tengok dia beli Starbucks every week. Makan kat Manhattan
fish market lah, Chicken Rice Shop la, Secret Recipe lah… anak-anak dia
pun sekolah di international school.

Cukup je semua walaupun high commitment. Bila aku tanya apa rahsia?
‘Ikhlas tolong dan jaga mak ayah je. Sedekah walau sikit. Niat semua
kerana Allah.’ Ye dia memang rajin sedekah.

Kat fakulti aku selalu buat free meal time students ada dulu, dia lah
antara yang kerap belikan makanan percuma untuk students. Belum lagi
campur sedekah-sedekah lain yang dia transfer tu.

Dia ni, kalau korang baca dari atas, macam-macam dah dia buat kan? Macam
sibuk je dia. Ni aku nak bagi tau, dia pun tengah sambung PhD! Slow
sikit aku tengok dia buat thesis tapi setiap malam dia menulis.

Aku tau sebab kadang-kadang dia mintak tolong aku proof read paragraph
yang dia tulis tu. Dia pernah bagi tau, tiap malam lepas anak-anak dia
tidur, dia akan rehat setengah jam.

Time nilah dia baring, minum kopi, uruskan makan minum mak & mak saudara
dia. Dalam setengah jam inilah. Lepas tu dia akan sambung tulis tesis
sampai pukul 2 pagi.

Aku kadang-kadang hairan, dia ni manusia ke robot? Eh, robot pun reti
habis bateri and kena caj, kan?

Satu lagi guys, dia ni head of department. Banyak kerja tu jangan lah
cakap. Tambah-tambah time PKP sampai PKPP ni. Every day dia balik kerja
pukul 6.30 petang. Itupun awal, kadang-kadang malam after maghrib baru
balik.

Dah balik rumah, lepas solat terus ajar anak mengaji dan buat homework.
Aku pelik mana dia curi tenaga? Bila aku tanya akak tak letih ke? ‘Letih
la ada ke tak letih. Tapi suami dan mak akak banyak tolong akak.’

Aku tau dia letih sebab dia kerap tak sihat. Aku dah tak larat nak
membebel kat dia suruh take a break and rehat seminggu tu biarlah dua
hari tak tulis tesis.

Baru ni dia sakit, aku tengok dia takdelah tulis tesis kejap tapi tadi
baru je dia mesej aku mintak tolong proof read lagi. Tak serikla makcik tu!

Kenapa aku sibuk nak cerita tentang dia? Sebab bagi aku dia patut jadi
inspirasi kita yang lain. Dia jarang merungut. Semua benda dia cuba buat je.

Aku kawan lama dia ni, selalu jadi saksi orang pernah nak jatuhkan dia,
orang pandang rendah dan perli dia, ada jugak masalah rumah tangga, aku
pun tengok macam mana dia struggle dengan life dia masa mula-mula jadi ibu.

Tapi aku tengok dia kuat semangat dan bangkit kemudian dia jadi the best
that she can be.

Ceria dan sentiasa positif. Husnuzon kata orang. Tapi ada je sisi tak
berapa elok dia. Antaranya dia memang garang dan susah sikit nak control
her temper.

Aku rasa sebab dia ada banyak benda kena galas, sebab tu dia senang
marah. Siapa students dia tu tau la dia garang macam mana.

Tapi aku tengok, walaupun dia garang, tapi students suka kat dia. Dia
dengan students macam kawan! Ye macam kawan.

Dan dia lah yang paling concern hal students walaupun dia garang. Dan
students pun senang je nak dekati dia, walaupun dia garang. Pelik kan?
Tapi itulah dia.

Korang kat luar sana, orang-orang macam ni harus dijadikan inspirasi.
Buruk dia jangan ikut, tapi baik dia memang banyak.

Akak, kalau akak baca confession ni, saya tau akak suka sangat page ni
sebab dalam kelas pun akak biasa sebut page ni kan, hahahaha.

Akak ketahuilah akak seorang yang sangat strong. Tak ramai yang mampu
berdiri di tempat akak. Kami yang melihat ni selalu rasa akak sangat
kuat, akak je tak tahu kekuatan dan kelebihan akak, sebab akak sangat
low profile and down to earth.

Korang kat luar tu, semangat kena kuat. Cari jalan keluar dari masalah,
jangan asyik nak merungut je tau.

– Reen kawan Kak Mia (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply