Kanak-kanak Hampir Kena Telan Dengan Badak Air | Paul Iga, kanak-kanak yang berusia 2 tahun, sedang bermain di luar rumahnya yang terletak berdekatan dengan Tasik Edward, semasa seekor badak air menyerangnya.

PAUL Iga. FOTO Agensi

Dalam kejadian mengerikan itu, badak itu ‘menangkap’ kanak-kanak itu dengan rahangnya sebelum mula menelannya.

Seorang penduduk tempatan, Chrispas Bagonza, ternampak kejadian itu dan membaling batu ke arah haiwan itu untuk menakutkannya.

Perbuatan itu berjaya mengejutkan badak air itu yang meluahkan kembali kanak-kanak malang itu sebelum berenang kembali ke dalam tasik.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu dibawa untuk rawatan ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke hospital di Bwera, di mana dia menerima suntikan rabies daripada kakitangan perubatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Dr Michael Kock, doktor haiwan di Zimbabwe, berkata badak air boleh menjadi haiwan yang berbahaya dan mampu ‘mengunyah’ separuh badan orang.

Badak atau Hippopotamus ini biasanya mendiami Afrika Sub-sahara, boleh membesar hingga 1.5 meter panjang dan berat purata 1,500kg.

Mereka dianggap sangat agresif dan membunuh beberapa orang setiap tahun di Afrika.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Dua Lelaki Nyaris Ditelan Ikan Paus Ketika Berkayak

Dua Lelaki Nyaris Ditelan Ikan Paus Ketika Berkayak | California: Dua individu di Amerika Syarikat (AS) berdepan pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan seumur hidup apabila mereka hampir ‘ditelan’ ikan paus kelasa.

CNN melaporkan kejadian itu berlaku berhampiran Pantai Avila ketika Julie McSorley dan Liz Cottriel menaiki kayak untuk meninjau kehidupan mamalia itu di perairan berkenaan.

Detik cemas yang dirakam saksi kejadian menunjukkan kayak dinaiki mereka hampir ditelan mamalia antara yang terbesar di dunia.

Ketika kejadian, ikan paus itu secara tiba-tiba dilihat muncul dari dalam laut ke permukaan air sehingga menyebabkan kayak dinaiki dua individu itu terbalik.

Menurut McSorley, sebelum itu, mereka memutuskan untuk mendekati paus terbabit dengan lebih dekat.

“Saya lihat ikan paus itu muncul (di permukaan air) dan terfikir ia terlalu hampir (dengan kami)

“Tiba-tiba, saya tercampak (dari kayak) dan (kami sudah) berada dalam air,” katanya kepada CNN.

Katanya, pada mulanya dia merasakan mereka akan mati memandangkan saiz mamalia itu yang besar.

Bagaimanapun, kedua-duanya bernasib baik apabila terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ia memberi pengajaran bahawa ikan paus juga mahukan ruang,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan rakaman, seorang individu yang melakukan aktiviti paddle boarding turut menyaksikan kejadian berkenaan.

Sumber : HMetro

 

Hilang Semalaman, Penoreh Getah Maut Dibaham Ular Sawa

Seorang penoreh getah berusia 52 tahun dilaporkan telah ditemui maut selepas dibaham oleh seekor ular sawa sepanjang enam meter, lapor Kompas TV.

Hilang Semalaman, Penoreh Getah Maut Dibaham Ular Sawa

Menurut penduduk kampung, mangsa yang merupakan seorang wanita telah dilaporkan hilang sejak Ahad lalu sebelum usaha pencarian dilakukan di dalam hutan.

Difahamkan, seramai 300 penduduk terlibat dalam misi pencarian itu namun tidak menemui jejak wanita berkenaan. Sebaliknya, mereka menemui seekor ular sawa sekitar jam 9 pagi waktu tempatan semalam sebelum menangkapnya.

Menurutnya lagi, kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini kami menemui mangsa di dalam perut ular itu.

Katanya, ular tersebut berjaya ditangkap sebelum dibunuh oleh penduduk kerana mengesyaki sesuatu di dalam perutnya yang besar. Selepas dibedah, kami menemui mayat mangsa.

Susulan kejadian itu. mayat mangsa kemudiannya segera dikebumikan di kediamannya di Desa Air Terjun Gajah, Kecamatan Betara, Kabupaten Tanjung Jabung Barat, Jambi.

Sementara itu, Komuniti Ralu Jambee, Anita menjelaskan bahawa punca ular sawa membaham manusia dipercayai berlaku akibat kekurangan makanan dalam ekosistem.

Tambah Anita, haiwan seperti babi hutan yang merupakan makanan reptilia tersebut sering diburu oleh manusia.

Jelas Anita, bagi ular bersaiz lebih lima meter, biasanya ia cenderung untuk mencari mangsa yang dianggap sesuai seperti babi hutan dan ternakan penduduk.

Sumber: Kompas.tv

Share.

Leave A Reply