Mohd. Adam Amsyar Abdul Rahman, 11, yang menderita jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia menghembus nafas terakhir pada pukul 10.30 malam.
Tunaikan hajat ke Taman Legoland
Mohd. Adam pernah tular dua tahun lalu, mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika itu, yang kemudian menunaikan impiannya ke Taman Tema Legoland.
Menurut bapanya, Abdul Rahman Rahmad, 49, Mohd. Adam dimasukkan ke hospital, tiga hari lalu selepas mengalami sesak nafas.
Mahu jumpa ibu
“Ketika menerima rawatan di hospital, Adam kerap menyebut hendak jumpa ibunya. Ibunya sudah meninggal dunia dua tahun lalu akibat penyakit kencing manis dan buah pinggang.
“Adam menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 10.30 malam semalam (kelmarin). Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Ahmad pada pagi ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Abdul Rahman memberitahu, Adam yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu sempat mengenakan baju Melayu berwarna merah dan menjamah rendang ayam pada pagi Hari Raya Aidiladha, minggu lalu.
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada badan bukan kerajaan, orang perseorangan dan agensi kerajaan termasuk Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak putus-putus memberi bantuan kepada Adam dan keluarganya.
Pada Februari lalu, Adam dilaporkan semakin lemah dan terpaksa bergantung pada mesin oksigen sepenuhnya ekoran menghidapi masalah Mitral Valve Atresia.
Sumber: Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kebun | SIK – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak bernyawa di sebuah kebun di Kampung Tupai dalam mukim Teloi, di sini pada pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Ahmad Daie, 78, dari Kampung Tupai dipercayai telah meninggal dunia sebelum ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
“Anak mangsa, Azman, 45, dari Kampung Kerawai, mukim Teloi mendapat panggilan daripada orang kampung menyatakan bapanya tidak sedarkan diri semasa berada di kebun terletak bersebahan rumah mangsa.
Mangsa ada sejarah penyakit hernia
“Sebaik tiba di lokasi, anak mangsa mendapati bapanya berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan petugas kesihatan Hospital Daerah Sik (HDS) mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa mempunyai sejarah penyakit hernia dan pernah membuat pembedahan serta telah mendapat dua dos suntikan vaksin.
Komen Netizen
“Innalillahiwainnalillahirajiun….bila sampai waktunya tak kira dimana pun kita berada…Salam takziah buat ahli keluarga.
“Salam takziah buat keluarga.. Risau benda mcm ni la jd kat abah..Semoga Allah akn sentiasa lindung abah..abah hari hari suka ke kebun tp kerap nye berseorangan.”
Sumber: Kosmo
Lelaki Maut Terjatuh Slps Bergayut Pd Penghadang Tingkat 4 Di Pusat Beli Belah | SERDANG – Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat membeli-belah di Puchong Jaya, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.09 pagi tadi, mangsa berusia 26 tahun mengalami patah tulang rusuk hadapan dan patah tulang belakang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang.
Mangsa panjat besi penghadang
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, menerusi semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa melihat keadaan sekitar terlebih dahulu dan kemudian terus melangkah melalui besi penghadang.
“Mangsa kemudiannya bergayut cara duduk dan terus terjatuh ke bawah. Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 1.15 petang.
Patah tulang rusuk
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa patah tulang rusuk di bahagian hadapan dan patah tulang belakang dipercayai kerana jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.