Kapal Tangki Iran Dibebaskan Selepas Memasuki Perairan Indonesia Tanpa Permit | Sebuah kapal  tangki Iran dan sebuah kapal Panama telah ditangkap oleh pihak berkuasa perlautan Indonesia selepas mereka disyaki cuba melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di Kepulauan Riau, di sini, baru-baru ini.

Kapal Tangki Iran Dibebaskan Selepas Memasuki Perairan Indonesia Tanpa Permit

Menurut jurucakap Agensi Keselamatan Maritim Indonesia, kapal tangki MT Horse dan kapal MT Freya kini telah dibebaskan selepas menjalani prosedur perundangan setelah mereka ditahan sejak sejak awal tahun.

Tambahnya lagi, kedua-dua kapal tersebut telah didapati bersalah akibat memasuki perairan Indonesia tanpa permit yang sah ketika perbicaraan dijalankan Selasa yang lalu.

Keputusan mahkamah telah memutuskan kepada mereka supaya Kapten MT Horse, Mehdi Monghasemjahromi dan kapten MT Freya, Chen Yo Qun dikenakan hukuman penjara selama satu tahun diikuti dua tahun tempoh pemantauan, menurut laporan media tempatan.

Setelah itu, mahkamah turut memutuskan supaya Chen membayar denda sebanyak dua bilion Rupiah kerana kesalahannya membuang minyak secara haram di perairan Indonesia.

Kedua-dua kapten kapal terbabit telah dibebaskan dari tahanan dan dikhabarkan telah meninggalkan negara Indonesia bersama anak kapalnya selepas dijatuhi hukuman.

Pada Januari tahun lalu, kedua-dua kapal tersebut telah dikesan di Kalimantan selepas ditahan kerana gagal memberikan maklum balas apabila dihubungi pihak berkuasa negara terbabit.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply