Kawalan Pergerakan Covid-19. Ini Respons Tun Mahathir Buat Ramai Terkedu

| March 16, 2020 | 1 Comment

Kawalan Pergerakan Covid-19. Ini Respons Tun Mahathir Buat Ramai Terkedu | Kawalan pergerakan seluruh negara akan dikuatkuasa pada 18 Mac 2020. Ini respons Tun Mahathir buat ramai terkedu. Ada betulnya juga. Baca selanjutnya.

Covid-19 Kini Lebih Buruk Dari Krisis Kewangan 1997

Dr Mahathir Mohamad berkata situasi wabak Covid-19 pada masa ini adalah lebih buruk daripada krisis ekonomi yang pernah didepaninya pada tahun 1997.

“Ini adalah lebih buruk daripada krisis kewangan itu,” katanya dalam temu bual dengan Bloomberg TV.

“Ia benar-benar merupakan satu tamparan dahsyat terhadap ekonomi seluruh dunia,” katanya.

Dalam menghadapi krisis kewangan Asia pada tahun 1997, Mahathir mengenakan kawalan modal yang ketat sehingga dikritik hebat masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun, lebih satu dekad kemudian, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menarik balik pendiriannya dan mengakui langkah yang diperkenalkan Mahathir telah banyak membantu Malaysia.

Tempoh itu menyaksikan beberapa bank diambang penutupan dan terpaksa melakukan penggabungan.

Bukan sahaja pergolakan ekonomi, tempoh itu juga berlaku pergolakan politik yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Indonesia.

Mahathir, 94, berkata keyakinan pelabur pada masa ini adalah pada tahap yang rendah.

“Keyakinan pelabur adalah sangat rendah bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

“Kerana jika anda melabur dan anda tidak boleh menjual, anda tidak boleh melabur,” katanya.

Mahathir merupakan perdana menteri keempat pada 1981 hingga 2003 dan perdana menteri ketujuh dari 2018 sehingga tahun ini.

Wabak Covid-19 yang bermula di Wuhan, China pada bulan Januari, telah memberi kesan ekonomi global yang buruk apabila beberapa negara melaksanakan perintah berkurung dalam usaha membendung virus itu yang telah merebak ke seluruh dunia.

Semalam, kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan hampir dua kali ganda – meningkat sebanyak 190 kes dalam sehari – menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 428 kes.

Siasatan awal mendapati kebanyakan kes dikaitkan dengan program ijtima tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kira-kira 16,000 orang menghadiri perhimpunan itu dari 27 Feb hingga 1 Mac, dan 14,500 daripadanya adalah rakyat Malaysia dari seluruh negara.

Di peringkat global, seramai 167,392 orang telah dijangkiti Covid-19 setakat ini dengan 6,503 kematian.

China adalah negara paling teruk terjejas, dengan merekodkan 80,860 kes dan 3,212 kematian.

Bagaimanapun, negara itu mencatatkan angka lebih rendah selepas dua bulan melaksanakan langkah kawalan luarbiasa termasuk perintah berkurung.

Bagaimanapun, wabak berkenaan telah merebak ke bahagian-bahagian lain di dunia dan Itali kini menjadi negara paling teruk terjejas di Eropah.

Itali dilapor setakat ini merekodkan 24,747 kes dengan 1,809 kematian, dan 368 kematian baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sumber: Malaysiakini

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *