Kecoh di aplikasi TikTok sejak malam tadi mengenai video perkongsian pengguna @Otai42 memaparkan seekor puntianak yang sedang berdiri di tepi sebuah reban ayam.

Puntianak itu didakwa telah memakan ayam-ayam di dalam reban tersebut apabila si pemilik menyedari jumlah haiwan peliharaannya itu semakin berkurang sehingga menimbulkan tanda tanya.

Pemilik akhirnya nekad untuk menunggu di sekitar kawasan rebannya pada lewat malam bagi mencari punca sebenar di sebalik kehilangan ayam-ayam tersebut.

“Apa benda malam-malam kacau ayam, tiap-tiap malam kena kacau, agak senyap dan ayam jadi takut sebab tiap-tiap malam kena kacau,” katanya sambil merakam video.

Segala persoalan akhirnya terjawab apabila lelaki itu menemui sosok tubuh berkain putih serta berambut panjang berdiri seolah-olah sedang mengintai ayam-ayam di dalam reban.

Menerusi video hampir tiga minit itu, lelaki tersebut dilihat berani menyuluh lampu ke arah makhluk berkenaan sehingga menampakkan wajah seramnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat kehadiran makhluk puntianak tersebut dan mereka turut memuji keberanian lelaki itu.

“Pak cik ajar kami bagaimana nak dapat keberanian macam pak cik,” kata Amirul Farhan.

“Mesti dalam hati puntianak kata, alamak aku dah ‘kantoi’ malam ini, tak sempat ‘rembat’ ayam dalam reban,” seloroh Wan Junaidi.

Video tersebut menerima lebih 250,000 tontonan dalam tempoh masa kurang 24 jam.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kecoh Hantu Kuntilanak Curi Wang Penduduk Kampung

Hantu wanita, kuntilanak atau puntianak didakwa mencuri wang sejumlah penduduk tempatan di sebuah wilayah di Jawa Barat, Indonesia, lapor portal berita majalengka.com semalam.

Menurut portal berita itu yang memetik laporan Bolokotono TV di Youtube, kejadian aneh tersebut berlaku pada tahun lalu ketika Covid-19 menular di kecamatan Cigasong, Majalengka.

Seorang mangsa kecurian dilaporkan berkata, dia sudah enam kali mengalami kecurian wang yang berjumlah sembilan juta rupiah (RM2,544) sejak bulan Jun hingga Ogos 2021.

Menurut ceritanya, wang tersebut dibungkus dengan kertas dan dimasukkan ke dalam dompet sebelum disimpan di dalam beg serta dibawa ke mana-mana dia pergi, menyebabkan mustahil ia boleh diambil oleh pencuri.

Tidak semua wang itu dicuri sebaliknya ada sahaja yang ditinggalkan dan sebagai contohnya dalam kejadian terakhir, daripada 6,800,000 rupiah (RM1,923), sebanyak enam juta rupiah (RM1,697) dilarikan, manakala bakinya iaitu 800,000 rupiah (RM226.30) lagi ditinggalkan.

Dia mengesyaki toyol melakukan perbuatan tersebut kerana pada kebiasaannya, hantu itu hanya mengambil beberapa helai wang sahaja dan tidak seperti kejadian tersebut yang mana jumlah kehilangan wangnya melibatkan jutaan rupiah.

Sekurang-kurang dua jirannya juga mengalami kejadian kehilangan wang dan salah seorang daripada mereka bernama Asri yang kemudian menemui seorang anggota paranoramal untuk merungkai misteri tersebut.

Anggota paranormal berkenaan kemudian pergi ke rumah lelaki tersebut melalui ‘pengantara’ dan dia kemudian diberitahu bahawa kuntilanak mencuri wang milik Asri dan jirannya, manakala hantu tersebut dilaporkan melakukan perbuatan keji itu atas arahan tuannya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply