Keikhlasan Yang Hilang | Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Nama saya Dila. Saja saya nak luah tentang kehidupan saya memandangkan sejak kebelakangan ni, banyak confession tentang tanggungjawab nafkah suami dan isteri membantu keluarkan duit belanja untuk seisi rumah.

Anak tak bersalah, dan kita sebagai ibu pun perlu amanah untuk memenuhi
keperluan anak dengan baik dan sempurna. Kalau suami sendiri tak cukup
duit, tak salah kita keluarkan duit sendiri asalkan untuk keperluan anak
sendiri.

Saya dulu masa masa awal2 kahwin pernah la jadi kategori isteri yang bertimbang rasa dan tak
berkira tu. Suami saya gaji dia takde lah banyak, tapi tiap2 bulan dia
akan bagi duit belanja saya dan anak untuk saya uruskan.

Kebiasaannya, duit dia bagi tu memang cukup2 untuk anak saja, saya sikit
pun tak merasa sebagai nafkah diri sendiri. Tapi saya ok je, asalkan
belanja anak cukup.

Jadi komitmen bulanan saya hanyalah bayar rumah, kereta , PTPTN,
insurans serta duit belanja hantar ke kampung dan duit pengasuh.

Oh ye, lupa nak bagitahu, rumah yang kami duduk sekarang ni adalah rumah
saya, beli guna loan saya 100% , jadi bulan2 saya bayar sendiri. Suami
saya ni , saya boleh kategorikan dia seorang yang sangat boros
berbelanja. Suka beli makanan mewah2, merokok lagi..

Setiap bulan bila dia dapat gaji, dia akan bagi duit belanja untuk anak
saya (dalam beberapa ratus), dan baki dia masih ada lebih kurang RM700++
sebulan untuk belanja diri dia.

Manakala gaji saya hampir cecah 3k, tiap bulan saya akan bayar komitmen
dan belanja bil2, kadang2 beli baju anak dan sebagainya, tinggal la
lebih kurang 1k untuk belanja saya sendiri.

Kalau bagi orang lain, RM700 cukup tak untuk belanja diri sendiri (makan
dan pergi kerja) saja? Kereta yang suami guna tu kereta saya, saya yang
bayar sendiri.

Kalau secara logik, cukup kan?? Sebab dia takde komitmen lain dah,
hutang pun takde langsung. Tapi saya pelik, suami saya ni tak pernah
cukup duit dia. Setiap bulan dia akan meminjam dengan saya, paling
kurang RM100.

Biasanya RM200-300 pun ada. Saya memang bagi pinjam, sebab dia janji
akan ganti balik sebulan dua akan datang. Kadang2 sampai terpaksa pajak
barang kemas saya untuk tolong dia.

Kadang2 dia pinjam, saya halalkan separuh. Memang dia ada bayar balik
walaupun lambat. Tapi, bila saya fikir balik, setiap bulan macam ni,
jadi saya tak dapat rolling modal untuk saving pun.

Sampai la satu hari tu, dia kantoi dengan saya. Dia melayan video2
gambar lucah… pandai dia sembunyikan perangai dia selama ni..

Saya sedih dan kecewa sangat. Sedangkan masa sebelum kahwin lagi saya
dah warning dia, saya tak nak dia buat hal yang paling saya tak suka ni
termasuklah ada orang ketiga. Kalau dia nak saya jadi isteri yang baik
dan sebagainya, jangan sesekali buat hal.

Dia pun setuju la kononnya. Tapi lain pula hal lepas dah kahwin lama2
ni. Setelah saya banyak berkorban tolong dia, tak merungut pun walau
nafkah rumah, belanja untuk saya sendiri pun tak cukup, keperluan rumah,
perabot semua saya beli pakai duit gaji sendiri.

Kereta yang dia guna bawak pergi kerja pun kereta saya. dia cuma tambah2
duit untuk repair dan servis sahaja. Roadtax saya bayar sendiri… Bila
dia buat hal macam ni, saya betul2 dah tawar hati.. Saya dah berhenti
bagi pinjam duit kat dia lagi.

Dulu, saya selalu tambah duit minyak kat dia dalam RM2-300++ sebab dia
akan hantar saya pergi kerja baru dia msuk ofis dia.. tempat keje kami 1
hala je. Sekarang duit minyak saya langsung dah tak tolong, dia pun guna
kereta tu, jadi perlu bayar minyak sendiri.

Masa dia tak cukup duit, saya biarkan, pandai2 la buat part time cari
duit lebih sendiri. Saya tahu, dia pun sebenarnya tak suka buat part
time. Sebab saya pernah bagi idea dia buat business online part time
pun, ada je alasan dia. Tak pandai lah, susah lah.

Sekarang saya dah malas fikir, bulan2 saya akan pastikan duit belanja
anak cukup. Tu yang paling penting.

Sekarang, kami banyak bergaduh sebab duit. Semuanya sejak saya dah
berhenti tolong dia. Dia selalu cakap saya ni kedekut dan berkira
sekarang. Dia berhabis separuh gaji dia tak bising pun katanya.

Saya malas nak bertekak, saya diamkan saja. Saya dah tak ikhlas nak
berkorban untuk dia lagi. Dah lah duit kumpul saya tu plan nak beli
barang kemas sendiri, selalu tergendala sebab dia.

Sekarang saya banyak buat hal sendiri dengan anak, saving pun buat
senyap2 letak dalam akaun anak. Takaful nyawa, medical kad saya, semua
saya dah letak nama anak sebagai penama siap2.

Sekarang saya tengah fikir cara nak hibahkan rumah saya ni pada anak
saya saja, tak nak jatuh faraid. Nak ambil hibah takaful, bulanan mahal.
Ada sesiapa ada idea cara lain? Sekarang saya ada MRTT je, cukup ke
kalau letak nama anak sebagai penama? Tu kira hibah ke?

Jadi, berbalik pada point asal saya, saya dulu pun macam segelintir
isteri yang murah hati dengan suami, tapi sejak saya rasa dikhianati,
saya rasa saya perlu bertegas dan pentingkan diri sendiri pulak.

Jadi, tak salah pun kita berkira dengan suami tapi berpada-pada. Kalau
dapat suami yang baik, ikhlas tolong buat kerja rumah, ikhlas dan cukup
bagi nafkah, dan tak buat hal, baru lah berbaloi kita sama2
bertolak-ansur dengan suami.

Jangan pula kita berkira sangat dengan suami. Bukan senang nak jumpa
suami yang sanggup buat 2-3 kerja semata-mata untuk cukupkan nafkah
keluarga. Siap pakej banyak tolong buat kerja rumah lagi.

Kalau saya dapat suami camtu, saya nak berkira pun tak sampai hati. Tapi
kalau suami bukan dalam kategori yang menyenangkan hati, sila lah
bertegas untuk diri sendiri..

Tu saja luahan saya, terima kasih sudi membaca.

– Dila (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Share.

Leave A Reply