Petua Halau Cicak Dari Rumah

| July 13, 2020 | 0 Comments

Petua Halau Cicak Dari Rumah |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selain lipas, cicak juga boleh buat anda geli geleman dan stress. Stress sebab bila tengok di tepi dinding penuh dengan najis cicak. Satu kerja pula nak kena bersihkan. Ia bukan sahaja menyebabkan rumah kotor, cicak ini juga boleh mendatangkan penyakit. Jadi sebelum jadi apa-apa yang tak diingini, jom la kita halau dia dari rumah kita.

1. Pastikan tiada sumber makanan yang terdedah 

Ini merupakan cara yang paling mudah namun sering dipandang ringan. Sumber makanan yang terdedah sangat disukai cicak dan akan menyebabkan lebih banyak cicak yang membiak di kawasan rumah anda. Pastikan tiada sisa makanan yang tertinggal dan bersihkan peralatan dapur selepas memasak. Bersihkan meja makan dan jangan lupa untuk tutup tong sampah. Sisa makanan akan mengundang lalat dan semut  dan secara tidak lansung menarik perhatian cicak kerana serangga merupakan salah satu sumber makanan reptilia ini!. Jadi sebelum anda hapuskan cicak, periksa rumah anda untuk pastikan tiada serangga perosak yang lain.

2. Tutup sebarang rekahan pada pintu, tingkap atau dinding

Jika anda perhatikan, cicak biasanya akan muncul dari sebarang rekahan atau celahan pada tingkap, pintu dan dinding rumah. Rekahan kecil ini mungkin tidak menjadi masalah kepada anda selagi tidak memudaratkan anda, tetapi rekahan-rekahan ini  merupakan “pintu masuk’ mudah bagi cicak untuk masuk ke dalam kawasan rumah anda. Selain itu, haiwan ini juga boleh menyembunyikan diri di celah-celah rekahan.

Tutup sebarang rekahan atau celahan yang ada dan yang berpotensi untuk dimasuki cicak menggunakan silikon atau Urethane. Anda boleh tutup bahagian atas dan bawah pintu rumah menggunakan pita penghalang. Cara ini juga boleh menghalang serangga-serangga lain dari masuk ke dalam rumah. Di samping itu, anda juga boleh letakkan jaring di bahagian-bahagian rumah seperti laluan keluar masuk udara. Anda bukan sahaja telah berjaya menutup ruang masuk yang berpotensi bagi cicak, ruang rumah anda juga akan kelihatan lebih kemas dan lebih kukuh.

3. Pelihara kucing

Haiwan peliharaan yang comel ini bukan sahaja mampu memberi ketenangan malah kucing mempunyai naluri memburu dan walaupun secara tidak langsung, perkara ini boleh mengurangkan populasi cicak di rumah anda.

Namun begitu, anda harus ingat bahawa cicak mempunyai parasit yang merbahaya terhadap kucing kesayangan anda. Parasit ini dikenali sebagai Liver Flutes. Apabila parasit ini menyerang hempedu si comel,  ia akan menyebabkan keradangan hati yang boleh membawa maut.

Jika anda memilih untuk cara menghalau cicak dengan cara yang lebih semulajadi, terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan hanya dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di sekitar anda. Kebanyakan daripada bahan ini boleh didapati di dapur.

4. Kulit telur

Kulit telur merupakan antara langkah yang paling popular untuk menghalau cicak dari rumah anda. Anda juga boleh gunakan telur burung puyuh. Walaupun nampak remeh, sebenarnya terdapat sebab yang tersendiri mengapa kulit telur boleh digunakan untuk menghalau cicak.

Dengan menggunakan kulit telur yang diletakkan di sekitar kawasan rumah di mana cicak sering dilihat, ia boleh menghalau cicak dari kawasan tersebut. Secara teknikal, kulit telur mengandungi bahan sulfur yang akan memberi kesan terbakar pada ruang abdomen cicak. Bau sulfur daripada kulit telur juga seolah-olah menyerupai paruh burung iaitu pemangsa yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan ia tidak akan berani untuk menjejaki kawasan itu lagi. Gantikan kulit telur setiap tiga minggu.

5. Bawang merah

Bawang merah bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi juga boleh digunakan sebagai salah satu cara yang mesra alam untuk menghalau cicak. Bawang merah boleh dipotong, atau dikisar dan diletakkan di tempat yang disukai cicak.

Kandungan bawang merah yang mengandungi sulfur dan bau yang tengik akan membuatkan cicak tidak gemar dan akan menghindari kawasan itu. Selain itu, anda boleh gunakan bawang putih sebagai alternatif.

6. Cuka, lemon dan serbuk cili

Cicak tidak menggemari bau cuka dan lemon, manakala serbuk cili boleh mendatangkan iritasi kepada kulit, mata dan hidung cicak. Ini akan membuatkan cicak akan menjauhi kawasan semburan secara semulajadi.

 

Ini cara-caranya :

  • campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili.
  • kemudian, larutkan dengan cuka dan air.
  • masukkan di dalam botol spray dan gocangkan sehingga campuran tersebut sebati.
  • semburkan di kawasan yang selalu ada cicak.

7. Gunakan semburan serai wangi

Jika anda ingin mengekalkan bau yang segar pada ruangan rumah anda dan pada masa yang sama menghalau cicak, ada boleh gunakan semburan serai wangi.

Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan tetapi mempunyai bau yang lebih kuat tetapi tidak boleh dimakan. Bau serai wangi yang kuat ini berkesan bagi menghalau binatang perosak termasuklah cicak di kawasan rumah anda.

8. Gunakan serai makan

Jika mendapatkan semburan serai wangi agak susah bagi anda, apa kata anda gunakan sahaja bahan masakan yang tidak asing lagi iaitu serai. Sedikit fakta menarik, terdapat kajian yang dilakukan yang membukti keberkesanan serai ini sebagai penghalau nyamuk.

Nyamuk merupakan salah satu sumber makanan cicak dan dengan berkurangnya bilangan nyamuk di kawasan rumah anda, ia akan menyukarkan cicak untuk membiak kerana ketiadaan sumber makanan. Caranya, ambik beberapa batang serai yang disiat-siat dan letakkan di sekitar ruang kawasan rumah anda. Selain itu , anda boleh gunakan minyak pati serai kerana ia mendatangkan hasil yang sama.

9. Kopi dan tembakau

Jika cara lain tidak berjaya untuk menghalau cicak, gunakan petua ini untuk membunuh reptilia tersebut!

Ini cara-caranya:

  • Campurkan serbuk kopi dan tembakau, kemudian bentukkan seperti bebola kecil.
  • Gunakan pencungkil gigi dan lekatkan bebola kecil ini pada pencungkil gigi.
  • Letakkan bebola kecil ini di sekitar kawasan rumah yang selalu ada cicak kerana reptilia ini kerana tertarik dengan bau campuran ini.
  • Serbuk tembakau merupakan racun kepada cicak dan akan menyebabkan cicak mati.

10. Semburan penghalau cicak

Semburan penghalau cicak atau lizard repellent boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Semburan ini perlu dilakukan di ruang yang berpotensi untuk dimasuki cicak dan kerana ini akan menyebabkan cicak menjauhi kawasan tersebut. Selain jenis semburan, penghalau cicak juga terdapat dalam jenis elektronik.

11. Gam tikus

Anda boleh membuat perangkap buatan sendiri dengan menggunakan gam tikus. Caranya cukup mudah, gunakan kertas keras atau kotak dan sapukan gam di atas kertas itu. Letakkan kertas yang sudah disapu dengan gam tersebut pada kawasan yang kerap menjadi laluan cicak. Cicak akan melekat pada gam ini dan tidak boleh melepaskan diri.

Perangkap ini juga boleh digantung pada siling dan juga dinding. Namun begitu, perangkap ini tidak boleh dibiarkan lama dan perlu dibuang dengan segera apabila cicak sudah melekat kerana dikhuatiri cicak yang sudah mati akan mengeluarkan bau yang sangat busuk di kawasan rumah.

12. Ubat gegat (Naphtalene)

Letakkan ubat gegat pada almari atau kabinet di rumah anda. Bau yang dihasilkan oleh ubat gegat ini tidak disukai oleh cicak dan akan menghindarkan mereka dari kawasan tersebut. Ubat gegat kebiasaannya dalam bentuk bebola yang berwarna-warni jadi anda perlu berhati-hati supaya meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak kerana dikhuatiri disangkakan gula-gula oleh kanak-kanak.

Terdapat banyak cara lain lagi yang boleh digunakan untuk menghalau cicak. Ia terpulang kepada anda.

 

Sumber: iProperty

 

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *