Sihir Dengki | Assalamualaikum semua. Terima kasih Admin kalau cerita aku ni terpilih untuk disiarkan. Nama aku Mawar. Saat ni aku merupakan seorang eksekutif di salah sebuah  syarikat konglomerat gergasi negara.

Asalnya aku diterima bekerja 8 tahun dulu sebagai seorang yang
berjawatan kontrak.

Masih ingat pada hari pertama ‘report duty’, aku berazam untuk menjadi
‘regular employee’ di syarikat ini suatu hari nanti.

Biasalah, azam budak fresh grad hingusan yang baru hari pertama bekerja.
Motivasi setinggi langit.

Namun setelah beberapa lama bekerja, faham lah aku bahawa bukan mudah
untuk mendapatkan jawatan tetap memandangkan dalam team aku, ada yang
berbelas tahun lamanya masih lagi memegang jawatan kontrak.

Kata mereka, it is almost impossible – kalau berlaku, satu dalam seribu.

Lama kelamaan, aku terlampau busy dengan lambakan tugas sampaikan hampir
lupa akan azam aku yang satu tu.

Aah, yang penting sudah ada kerja dah menjadi satu kesyukuran yang besar
buat membantu suami dan mak ayah dikampung.

Di pejabat, aku orangnya (bak pandangan ramai orang) seorang yang penuh
semangat, apa sahaja tugas yang diamanahkan, aku akan bagi 200%. Memang
cuba buat sehabis baik.

Kalau ada masalah, mereka suka ‘pass’ issue tu dekat aku sebab aku ni
orangnya paling hebat ‘clean other people’s shit’.

Memang selayaknya dalam resume aku nanti kalau nak apply keje lain, aku
kena specify yang one of my job scope is cleaning other people’s shit. Heh.

Ringkasnya, semua orang berpuas hati dengan kerja aku dan aku ada
sedikit kelebihan berbanding orang lain kerana stand out because of my
‘brain’ and my special sk1ll in something very important to the company.

Tak berapa lama setelah itu, aku ditawarkan jawatan tetap oleh syarikat
yang menggemparkan seluruh alam semesta (hiperbola detected) – kecoh
kerana yang masih hingusan waktu itu mendapat jawatan tetap sedangkan
yang berbelas tahun tidak ditawarkan yang sama.

Siapa aku untuk punya jawapan kepada soalan itu melainkan mungkin rezki
aku tertulis begini plus maybe i was selected because of the sk1lls and
attitude that I have with me.

Hari2 barai keje sampai malam, keje on weekend, keje during MC, that I
personally think I really do deserve it. Bukan kaleng2 punya effort
bhaii to receive such recognition from the company.

Sampai tahap nak take 20 (sebab take 5 is too short yaw) join makcik
bawangs bergossip pun aku tak sempat, aku lah orang paling terpaksa
melekat buat keje sebab kerja datang bagaikan tiada hari esok lah senang
cita.

Nak dijadikan cerita yang membawa aku ke sini sebab aku teringat kisah
lama ni.

Ada satu ketika, aku berasa lain macam dengan diri sendiri, sentiasa
rasa sesak nafas, rasa hampir pengsan tanpa sebab yang konkrit.

Aku hilang semangat bekerja, otak cuma pikir nak resign nak resign nak
resign. Dan macam2 lagi yang berlaku sampai akhirnya aku decide untuk
tanyakan dekat seorang ustaz untuk ‘check’ keadaan aku.

Aku dapat rasa yang something is wrong somewhere.

Akhirnya, tahulah aku yang aku dah terkena sihir dengki. Yang bertujuan
menjadikan aku hilang semangat untuk bekerja dan berhenti kerja. Dan
yang menghantarnya adalah orang dalam pejabat aku.

Allahuakbar. Sampainya hatimu wahai kawan.

Andai kau muslim, sanggup kau mensyirikkan Allah demi untuk menjatuhkan aku.

Andai kau non muslim, aku tetap percaya yang Allah itu Maha Adil dan
Maha Berkuasa.

What goes around, comes around. Pi mai pi mai tang tu.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia
mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia
telah berbuat dosa yang besar.” (An Nisa: 48)

Aku bersyukur pada Allah kerana ‘khabarkan’ aku tentang perihal
penganiayaan ini dan kembalikan nikmat sihat kepada aku.

Aku siap buat sembahyang hajat khas dekat malaon ni, memanjatkan doa
kepada Allah agar memakbulkan segala doa dan hajat-hajatnya supaya dia
tak lagi hasad dengki pada seluruh alam.

Untuk semua, aku ada sedikit pesanan. Hati2 berkawan, hati2 dan
berwaspada lah menerima makanan atau minuman di tempat kerja dari
sesiapa pun!

Sebab rambut sama hitam, hati Allah sahajalah yang tahu. Orang kata,
depan kita senyum dan bergelak tawa bersama, belakang kita tak sapa yang
tahu.

Amalkan lah baca mathurat setiap pagi dan petang sebagai usaha untuk
mendinding diri kita semua dari segala musibah dan bencana. Wallahua’lam.

– Mawar berduri (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply