Kejam! Lelaki Rog*l, Bunuh Dan Tanam Mayat Kanak-kanak 9 Tahun, Tindakannya Selepas Itu Buat Ramai Tak Percaya | Tindakan seorang lelaki yang merupakan seorang penjaga di sebuah sekolah di Rusia telah mengejutkan masyarakat di sana selepas dia telah berjaya diberkas akibat merog*l pelajar perempuan berusia sembilan tahun sebelum dilaporkan membunuh mangsa dengan kejam iaitu menggunakan tukul.

Kejam! Lelaki Rog*l, Bunuh Dan Tanam Mayat Kanak-kanak 9 Tahun, Tindakannya Selepas Itu Buat Ramai Tak Percaya

Menerusi laporan Daily Mail, mayat kanak-kanak tersebut telah ditanam sedalam tujuh kaki di bawah kepingan konkrit di bilik bawah tanah pangsapuri di mana tempat lelaki itu tinggal.

Penemuan mayat kanak-kanak tersebut telah menamatkan teka-teki kehilangannya yang sudah memasuki bulan ketiga sejak kehilangannya dilaporkan.

Menurut jurucakap polis, lelaki terbabit telah menjadi suspek utama sejak hari pertama mangsa dilaporkan hilang tetapi polis tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mensabitkannya.

Apa yang lebih yang lebih mengejutkan adalah suspek dikatakan turut menjadi sukarelawan untuk mencari kanak-kanak itu.

Usaha pihak polis dalam melakukan siasatan secara berterusan  selama beberapa bulan ini telah membuahkan hasil selepas  mayat mangsa berjaya ditemui hasil bantuan seekor anjing pengesan.

Pihak polis mendakwa suspek juga mengakui bahawa telah berulang kali merog*l mangsa dengan berjanji akan membelikan basikal jika mangsa mendiamkan diri.

Jurucakap polis telah menjelaskan bahawa ketika suspek ditahan, suspek memberitahu bahawa mangsa telah datang ke rumahnya untuk menuntut basikal seperti yang dijanjikan.

Namun, ketika pertemuan mereka itu, telah timbul konflik yang menyebabkan suspek marah lalu bertindak di luar kawalan sehingga memukul mangsa menggunakan tungkul yang mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Sebelumnya, suspek yang berusia 61 tahun itu telah mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan serangan seksual termasuk merog*l seorang gadis berusia 15 tahun di sekolah tempatnya bekerja pada tahun 2018.

Suspek turut mengakui telah merog*l dua orang gadis yang berusia tujuh dan sembilan tahun pada 2005 dan disyaki telah melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya.

Modus operandi yang telah digunakannya untuk ‘menjerat’ semua kanak-kanak itu adalah dengan membelikan mereka hadiah dan gula-gula.

Sumber: Daily Mail

Share.

Leave A Reply