Somalia: Lapan Terbunuh Dalam Serangan Bom Di Istana Presiden | Berlaku satu kejadian melibatkan letupan sebuah kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah pusat pemeriksaan sebelum memasuki perkarangan Istana Presiden di Somalia sehingga mengakibatkan lapan nyawa terkorban dalam serangan itu, di sini,  baru-baru ini.

Somalia: Lapan Terbunuh Dalam Serangan Bom Di Istana Presiden

Kejadian tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak Polis selepas kenderaan yang penuh dengan bahan letupan telah melanggar kereta serta trak di laluan berkenaan menurut laporan Awani.

Pusat pemeriksaan tersebut dikatakan merupakan tempat yang digunakan oleh presiden dan perdana menteri Somalia untuk pergi dan balik dari lapangan terbang di ibu kota Somalia, Mogadishu.

Menurut jurucakap polis Abdifatah Adam Hassan dalam satu kenyataan, kejadian berdarah ini bukan sahaja telah menyebabkan lapan individu terkorban malah sembilan individu lain juga dilaporkan cedera akibat terkena serpihan bom yang meletup itu.

Kejadian letupan ini masih dalam siasatan polis dan suspek utama yang kini dikaitkan menjadi sasaran polis adalah kumpulan pengganas di Somalia.

Antara kumpulan yang menjadi sasaran polis adalah Kumpulan al-Qaida yang berkait dengan al-Shabab dipercayai bertanggungjawab, kerana sudah beberapa kali melakukan serangan sedemikian di ibu negara itu.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply