Kelantan Mula Banjir, Lebih 500 Penduduk Jeli Dipindahkan | Kelantan dilaporkan kembali dilanda banjir apabila hujan lebat berterusan dengan angin kencang sejak semalam, menyebabkan beberapa kampung sekitar Jeli, kembali dilanda banjir sejak awal pagi tadi.

Kelantan Mula Banjir, Lebih 500 Penduduk Jeli Dipindah

Antara kampung yang dikatakan dinaiki air ialah Sungai Satan, Bukit Lakota, Lubok Bongor, Pasir Dusun dan Gemang.

Kejadian itu telah menyebabkan penduduk di kawasan rendah terbabit, mula berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, setakat jam 2 petang ini, tujuh PPS dibuka dan menempatkan seramai 567 mangsa.

Mereka terdiri daripada 162 keluarga, ditempatkan dalam Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan seramai 291 orang, Dewan Kesedar/ Pasti Bukit Lakota (171 orang).

Selain itu, selebihnya mangsa banjir ditempatkan di Masjid Gemang, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor, SK Legeh, SK Kuala Balah dan SK Jeli.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di daerah itu untuk memastikan mangsa banjir dapat dipindahkan dengan segera.

Jelasnya lagi, mereka mohon semua mangsa membuat persediaan awal bagi memudahkan proses pemindahan ke tempat selamat atau PPS.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply