Kematian Semakin Meningkat Akibat Covid-19, Tunggu Giliran Untuk Dikebumikan | Peningkatan jumlah kematian akibat wabak Covid-19 di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi sehinggakan ia juga telah mengundang Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) berdepan situasi getir apabila mengalami masalah tunggakan dalam pengurusan mayat akibat wabak itu dan kes kematian bukan Covid-19.

Kematian Semakin Meningkat Akibat Covid-19, Tunggu Giliran Untuk Dikebumikan

Pengurusan kematian akibat Covid-19 sememangnya berbeza dari pengurusan jenayah yang tidak disebabkan Covid-19 selepas ia dilaporkan perlu dilakukan dengan teliti oleh pasukan petugas barisan hadapan dan disegerakan untuk dikebumikan bagi yang beragama Islam atau dibakar bagi bukan Islam.

Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Salmah Arshad memberi penjelasan bahawa peti simpanan mayat sedia ada di IPFN kini tidak mencukupi dan mangsa kematian kini dilaporkan akan diletakkan di dalam kontena yang boleh memuatkan antara 12 hingga 20 mayat bagi kontena bersaiz enam meter (20 kaki) sementara menunggu giliran untuk diuruskan.

IPFN dilaporkan mempunyai 36 peti simpanan mayat namun kini sedang dipantau sama ada mempunyai tempat simpanan lain contohnya 10 peti di Hospital Tunku Azizah, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan ada empat, dua di Insitut Kanser Negara. Jumlahkeseluruhan merangkumi 52 peti simpanan mayat dan perlu back-up kontena untuk menyimpan mayat tambahnya.

Dr Salmah turut mengatakan bahawa mayat bukan Islam, waris boleh memilih sama ada mahu dikebumi atau dibakar dan proses pembakaran setiap mayat memakan masa dua hingga tiga jam berbanding kes bukan COVID-19 iaitu 45 minit hingga sejam.

Pada gelombang pertama pandemik, kematian COVID-19 di luar wad hanya terdapat satu atau dua kes sahaja sebulan berbanding kini yang mencecah tiga atau empat kes seumpamanya dalam sehari selain jarang menerima kes (mati) di rumah, (sebaliknya) kes terbabit hanya di hospital iaitu dimasukkan di wad, dirawat dan mati di hospital.

Gelombang pada kali ini sangat merisaukan kerana sebahagian kematian adalah di luar kawasan hospital dan tidak sempat dirawat kerana simptomnya yang terlalu cepat dan menyedihkan. Selain itu, gelombang ketiga juga tidak dapat jangka tidak mengira usia kerana golongan muda turut meninggal di rumah iaitu berumur 20-an dan tiada penyakit.

Sementara itu, Dr Salmah turut berpesan supaya hendaklah bersama-sama membantu semua petugas barisan hadapan bukan sahaja daripada Jabatan Forensik tetapi juga di wad hospital terutamanya di Unit Rawatan Rapi dengan mematuhi SOP dan melakukan kawalan kendiri.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply