Seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal di Eropah terkejut apabila menemui kepala ular dalam hidangan yang disediakan dalam kapal terbang.

'Kepala Ular' Ditemui Dalam Makanan. Perkongsian Pramugara Ini Bikin LOYA

Menerusi laporan The Sun, penerbangan itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Ankara, Turki.

Ketika bertugas, pramugara terbabit sempat merakam ‘objek’ seram itu dan berkongsi video tersebut secara dalam talian untuk mendapatkan respon segara daripada pihak syarikat penerbangan.

Ketika dia ingin membuka hidangan makanan tengah hari, alangkah terkejutnya apabila melihat kepala ular sedang merenung tepat ke arahnya.

'Kepala Ular' Ditemui Dalam Makanan. Perkongsian Pramugara Ini Bikin LOYA

Difahamkan, kes seperti itu pernah terjadi kepada kakitangan yang lain sebelum ini.

Lebih mengejutkan lagi apabila kakitangan sebelum ini pernah membuat aduan bahawa mereka menjumpai kumbang dan siput dalam hidangan makanan ketika sedang bertugas.

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan terbabit menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyediakan makanan yang tidak bersih.

Menurut syarikat itu, keutamaan mereka adalah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada para tetamu dan pekerja.

Hal ini kerana syarikat itu ingin tetamu dan pekerja mereka memiliki pengalaman penerbangan yang selesa dan selamat.

Tuduhan yang dilemparkan itu sama sekali tidak berasas dan tidak boleh diterima.

Oleh itu, siasatan terperinci akan dijalankan.

Sehingga siasatan selesai, semua langkah dan tindakan pencegahan termasuklah menghentikan bekalan produk berkaitan telah diambil serta-merta.

Dalam pada itu, pembekal makanan yang menyediakan makanan kepada syarikat penerbangan berkenaan menyatakan bahawa mereka menyediakan perkhidmatan makanan yang telah dimasak pada suhu 280 darjah celcius.

Menurut pembekal, kejadian seperti itu mustahil berlaku di dapur mereka.

Malah, syarikat penerbangan itu adalah pelanggan yang berharga di negara mereka dan ia merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terkenal di Eropah.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan itu membuat keputusan untuk mengembangkan lagi rangkaian.

Kata pembekal, mereka tidak menggunakan aapa-apa objek ‘asing’ yang tak sepatutnya berada dalam makanan ketika masak.

Disebabkan itu, penemuan kepala ular itu bukan berpunca daripada hidangan yang mereka sediakan.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply