Kerajaan Selangor. Ini Tindakan Tegas MB Buat Ramai Penyokong PH Respek

| March 5, 2020 | 0 Comments

Kerajaan Selangor. Ini Tindakan Tegas MB Buat Ramai Penyokong PH Respek | Ketika beberapa negeri kerajaan PH goyah, ini tindakan tegas Menteri Besar Selangor buat ramai respek. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Pecat 7 Wakil Rakyat Bersatu, Bekas PKR

Susulan pembentukan kerajaan persekutuan Perikatan Nasional (PN), kesemua lima anggota parlimen Bersatu dan dua bekas ahli PKR dikeluarkan daripada kerajaan Selangor.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata peruntukan bagi tujuh wakil rakyat itu juga akan dibekukan.

Tambahnya penyingkiran juga akan dilanjutkan kepada wakil-wakil Bersatu di semua peringkat kerajaan negeri termasuk exco, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor.

Kedua calon bebas yang dimaksudkan Amirudin adalah bekas menteri besar Azmin Ali dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hilman Idham.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ketika ditemui di kediaman rasminya di Shah Alam petang tadi.

Amiruddin Setia Pada PKR

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyatakan beliau setia dengan perjuangan parti, walaupun sebelum ini dia merupakan penyokong kuat Adun Gombak dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

“Saya party man (orang parti), bukan ‘Batman’,” katanya ringkas kepada pemberita.

Kata-katanya itu disambut dengan tepukan oleh ahli Pakatan Harapan Selangor di kediaman rasminya di Shah Alam petang tadi.

Video Sidang Media MB Selangor

Sumber: Malaysiakini

Tags: , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *