Kerana RM30, Peniaga Rugi RM12,000 | Seorang pengusaha gubahan bunga kerugian kira-kira RM12,000 selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan pembersihan rumah ditawarkan di Facebook.

 Mangsa (kanan) menunjukkan laporan polis dibuatnya selepas simpanan di bank kira-kira RM12,000 hilang.

Menurut mangsa, 46, dia terpedaya dengan helah lelaki bernama Jason yang memintanya klik pautan laman web diberikan seterusnya memuat turun satu aplikasi di telefon bimbit.

Katanya, selepas itu dia diminta mengisi maklumat peribadi dan membayar deposit RM10 bagi mendapatkan tawaran 50 peratus potongan harga perkhidmatan berkenaan.

Mangsa menyata bahawa dia mencari orang untuk membersihkan rumah inap desanya di Johor Bahru di Facebook.

Mereka tertarik dengan tawaran sebuah syarikat yang menawarkan potongan harga 50 peratus iaitu RM30 bagi tempoh dua jam oleh dua pembantu rumah.

Mangsa menyata bahawa dia mula menghantar mesej kepada Jason sejak 3 Disember namun tidak terus menempah perkhidmatannya. Selepas itu, dia kerap menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pencucian setiap hari.

Katanya ketika ditemui hari ini bahawa akhirnya, kira-kira 8 malam Jumaat lalu dia bersetuju menggunakan perkhidmatan syarikat Jason.

Katanya, dia mula menyedari sesuatu tidak kena selepas menerima panggilan daripada sebuah bank kira-kira 2.10 pagi semalam.

Menurutnya, ketika mendapat panggilan itu, dia, suami dan anaknya baharu selesai menonton perlawanan bola sepak dan mahu bersiap untuk tidur.

Namun mangsa tidak berani mengangkat panggilan itu dan kemudian bertindak memeriksa jumlah wang di bank melalui aplikasi dalam talian namun tidak dapat mengaksesnya kerana telah disekat.

Mangsa mula tidak sedap hati dan menelefon bank dan selepas itu diberitahu dia telah melakukan empat transaksi bernilai RM2,999 setiap satu bermula dari 8.32 malam (Jumaat) sehingga yang terakhir pada 11.07 malam kelmarin.

Katanya, apabila diimbas semula kejadian itu, dia perasan sesuatu yang pelik berlaku pada telefon bimbitnya selepas mengisi maklumat diminta Jason.

Nama semua rakan di aplikasi WhatsApp hilang dan tinggal gambar profil mereka sahaja.

Anaknya mengatakan kemungkinan telefon sedang set semula dan mereka telah membiarkannya.

Katanya, dia juga perasan ketika mahu melakukan pembayaran RM10, secara tiba-tiba, dia terkeluar dari aplikasi berkenaan.

Sementara itu, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, Ketua Polis Daerah Kluang, berkata polis menerima laporan dibuat mangsa dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Beliau berkata jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Beliau meminta orang ramai sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya pada semua iklan yang dipaparkan di media sosial selain membuat semakan terlebih dahulu.

Di media sosial terdapat banyak iklan tidak masuk akal.

Katanya, pastikan aplikasi yang mahu dimuat turun hanya diperolehi melalui platform aplikasi yang sah seperti Google Play Store atau Apple Store.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Suri Rumah Dipukau Ketika Sedang Beli Barang Dapur, Rugi RM16,000

Seorang suri rumah terpaksa menanggung kerugian RM16,000 selepas didakwa dipukau tiga individu sebelum disamun dalam kejadian di Puteri Mart, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Ahad lalu.

Menurut anak mangsa, Mohd Hairy Mohd Yunus, 31, kejadian berlaku sewaktu ibunya Siti Abd Hamid, 56, sedang membeli barang dapur pada pukul 11 pagi.

Bercerita kepada UtusanTV, ibu mangsa mendakwa terdapat dua wanita berbangsa tidak pasti telah menghampirinyaa sebelum salah seorang bertindak memegang lengan kanan sehingga menyebabkan pening dan tidak sedarkan diri.

“Ibu telah dibawa masuk ke dalam sebuah kereta dan terdapat seorang lelaki di dalamnya.

“Suspek perempuan bertindak mengacukan pisau dan meminta rantai emas serta loket ibu,” katanya.

Jelasnya, suspek sempat bertanyakan sama ada mangsa ada wang tunai atau tidak dan mangsa mengatakan hanya membawa kad bank sahaja.

Menurutnya, mangsa telah dibawa ke sebuah stesen minyak dan diminta turun oleh suspek lelaki lalu membawa ke mesin teler automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang sebanyak RM10,000.

“Ibu telah diturunkan di sebuah bank dekat Taman Desa Cemerlang selepas suspek berjaya mengambil wang tersebut,” ceritanya.

Jelasnya lagi bahawa ibu mangsa merasakan telah dipukau sebelum membuat laporan polis pada kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian terbabit.

“Suspek masih diburu polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

May be an image of 3 people, indoor and text that says "L AMI m Suspek Lelaki"

May be an image of 3 people, headscarf and text that says 'Suspek Mangsa MAOH'

Diminta orang ramai untuk berhati-hati jika menghadapi situasi seperti ini dan menghubungi pihak polis dengan kadar segera jika ternampak atau terjumpa dengan tiga suspek berkenaan.

No photo description available.

Sumber : Utusantv

Share.

Leave A Reply