Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil tindakan perlu berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar sekolah seperti dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kes itu sudah berada dalam pemerhatian kementerian, malah segala tindakan perlu sudah dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan secara terperinci apa bentuk tindakan yang sudah diambil terhadap isu itu.
Jelasnya dalam satu kenyataan, kita tidak boleh dedahkan kerana soal keselamatan dan menghormati permintaan keluarga.
Beliau berkata, sudah menjadi keutamaan KPM selama ini iaitu melindungi pelajar sekolah daripada dibuli.
Sebelum ini, Perdana Menteri meminta KPM menyiasat segera berkenaan isu buli dihadapi pelajar berkenaan.
Ini susulan satu gambar surat luahan pelajar dibuli diterima oleh Anwar yang mana pelajar itu meminta perkara berkenaan diberi perhatian.
Dalam surat itu, pelajar berkenaan menyatakan dia dibuli oleh beberapa pelajar lain, namun mendakwa gurunya tidak mengenakan sebarang tindakan, malah dilihat bersikap rasis.
Justeru, pelajar itu memohon kepada Anwar untuk memastikan perkara terbabit tidak berlaku lagi.
Sumber: Berita Harian
KPM Tidak Kompromi Isu Buli
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum berkenaan isu buli dibangkitkan seorang pelajar melalui surat dikongsi dan dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM tidak akan berkompromi berkenaan hal itu dan berharap semua pihak dapat menyediakan suasana sifar perkauman di sekolah dan rumah.
Katanya, sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk murid dan saling hidup harmoni.
Jelasnya, selain itu, guru juga diharap dapat memberikan contoh teladan terbaik dalam mempamerkan aspek kepemimpinan dan mencerminkan kasih kepada murid-murid.
Tambahnya, dalam suasana iklim politik di media sosial, harus kita akui anak-anak antara yang akan paling mudah untuk menyerap segala maklumat yang diterima.
Justeru beliau memaklumkan, jadikan cuti sekolah ini sebagai ruang untuk mewujudkan ekosistem harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Terdahulu, Perdana Menteri meminta KPM menyiasat segera berkenaan isu buli dihadapi pelajar berkenaan.
Ini susulan satu gambar surat luahan pelajar dibuli diterima oleh Anwar yang mana pelajar itu meminta perkara berkenaan diberi perhatian.
Dalam surat berkenaan, pelajar itu menyatakan dia dibuli oleh beberapa pelajar lain, namun didakwa guru itu tidak mengenakan sebarang tindakan, malah dilihat bersikap rasis.
Justeru pelajar itu memohon kepada Anwar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.
Sumber: Berita Harian