Kes Terburuk, Ribuan Hidupan Laut Ditemui Mati Di Persisiran Pantai. | Sejumlah besar hidupan laut tiba-tiba mulai terdampar di beberapa pantai Timur Utara, UK menimbulkan misteri adakah ini berkait rapat dengan pencemaran.
Ketam mati dan hidup, udang galah dan pelbagai spesis ‘crustacean’ telah dijumpai di pantai antara Marske dan Saltburn di Teesside dengan sesetengah kawasan mempunyai longgokan separas pinggang.
Perkara yang sama juga telah ditemui di Seaton Carew dan utara di Seaham, lapor TeessideLive.
Agensi Alam Sekitar mengesahkan pada Isnin ia telah mejalankan siasatan ke atas kejadian itu dan melihat sama ada ia adalah insiden pencemaran.
Penduduk Marske Sharon Bell, 48, yang berjalan di persisiran pantai berhampiran rumahnya setiap hari, berkata jumlah longgokan hidupan laut semakin meningkat sejak dua minggu lalu, menggambarkannya sebagai kes terburuk yang pernah dilihatnya.
Dia keluar awal pagi Isnin untuk mengambil gambar matahari terbit dengan suaminya Christopher dan apabila pasangan itu tiba di pantai mereka berasa takut tatkala melihat penemuan itu. Mereka menghabiskan empat jam berikutnya untuk berusaha mengembalikan haiwan yang masih hidup ke laut.
“Saya belum pernah melihat kejadian seperti ini.”
“Saya dan suami telah menghabiskan berjam-jam meletakkan seberapa banyak yang hidup kembali ke laut. Ini telah terjadi sejak beberapa minggu dan tidak ada sesiapa yang melakukan apa-apa tentang hal ini.”
Dia telah tinggal di kawasan itu selama 21 tahun dan, katanya, tidak pernah melihat apa-apa seperti kejadian ini- walaupun selepas air pasang besar atau ribut.
Jurucakap agensi itu memberitahu TeessideLive pada Isnin mereka sedang mempertimbangkan sama ada insiden pencemaran mungkin boleh dipersalahkan.
“Kami bekerjasama dengan rakan kongsi di Pusat Alam Sekitar, Perikanan dan Akuakultur dan Pihak Berkuasa Pemuliharaan Perikanan Darat Timur Laut untuk menyiasat mengapa beratus-ratus ketam mati telah terdampar di sepanjang pantai di Muara Tees dan pantai berdekatan,” kata jurucakap Agensi Alam Sekitar.
“Sampel air, enapan, kupang dan ketam telah dikumpulkan dan dihantar ke makmal kami untuk dianalisis, untuk mempertimbangkan sama ada insiden pencemaran boleh menyumbang kepada kematian haiwan itu. Kami juga telah berkongsi sampel dengan makmal CEFAS untuk analisis penyakit.”
“Saya telah membangkitkannya dengan menteri-menteri sehingga puncanya dikenal pasti.”
“Terima kasih kepada Agensi Alam Sekitar dan CEFAS atas siasatan mereka setakat ini.”
Penduduk Redcar juga telah menggunakan media sosial untuk menyuarakan kebimbangan mereka selepas gambar-gambar pemandangan pantai itu disiarkan pada pagi Isnin.
Nombor telefon telah disediakan untuk orang ramai melaporkan sebarang insiden pencemaran yang mungkin mereka lihat.
Sumber: Mirror