Khasiat Bayam Brazil Yang Ramai Tidak Tahu | Tahu kah anda, selain sedap dibuat ulam disebabkan oleh kerangupannya. Bayam brazil juga mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu. Ia juga penting untuk kesihatan.
1. Melawan Kanser
Kandungan flavonoid dalam bayam brazil boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 34% dan menghalang perkembangan sel kanser.
2. Mengekalkan Kesihatan Mata.
Bayam brazil juga mempunyai karotenoid dan juga vitamin A yang sangat penting untuk mengekalkan kejelasan penglihatan. Tambahan lagi kandungan karotenoid dalam bayam brazil berupaya untuk mengelakkan terjadinya katarak dan pengurangan makular pada mata.
3. Sumber Vitamin K
Vitamin K yang terkandung dalam bayam adalah sangat tinggi. Khasiat vitamin K itu sendiri adalah untuk mengekalkan kesihatan tulang.
4. Menguatkan Tulang
Jenis sayuran hijau seperti bayam brazil mempunyai mineral seperti magnesium, zat besi, fosforus dan tembaga yang semestinya dapat menguatkan tulang. Fosforus sahaja mampu mengekalkan fleksibiliti tulang jadi bukan sahaja menguatkan tulang malah juga dapat mengelakkan terjadinya keretakan tulang.
5. Bantu Mengurangkan Berat.
Bagi individu yang mempunyai masalah berat badan, bayam brazil adalah sayuran yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan berat kerana kandungan seratnya yang tinggi.
6. Meningkatkan Sistem Imuniti.
Vitamin A pada bayam brazil juga berfungsi sebagai satu komponen sel darah putih. Sel darah putih kan sememangnya berfungsi untuk melawan atau penyakit yang menyerang tubuh badan kita.
Banyak lagi khasiat bayam brazil yang boleh anda terokai.
Sumber: Daily Sihat