Khasiat Limau Kasturi Yang Perlu Anda Tahu

| July 25, 2020 | 0 Comments

Khasiat Limau Kasturi Yang Perlu Anda Tahu | Perahan jus limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa memang diakui mampu menambah keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan Namun, keistimewaannya tidaklah terhenti setakat itu. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Antara khasiat limau kasturi:

1. Mengurangkan Asma

Ambil sesudu madu kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami asma.

2. Melangsingkan Tubuh

Perahan limau kasturi yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat.

3. Ubat Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi.

Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

4. Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia dipicit.

5. Atasi Masalah Ketiak Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi, kemudian potong kepada 2 bahagian. Ramaskan limau kasturi itu kebahagian ketiak anda beberapa kali dan bilas sehingga bersih. Amalkan beberapa kali seminggu.

6. Ubat Demam

Petik 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.

Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

 

Sumber: Toluna Influencers

Tags: , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *