Petua Hilangkan Batuk Yang Perlu Anda Tahu | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kadangkala apabila berada di khalayak ramai, kita batuk tidak berhenti dan akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada diri sendiri dan orang lain. Orang lain akan memberi anda pandangan tidak puas hati apabila anda batuk tak henti.

Untuk menghilangkan batuk ada caranya:

1.Madu

Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandung dextromethorphan iaitu penahan batuk.

Anda boleh membuat ramuan sendiri di rumah dengan mencampurkan 2 sudu teh madu bersama dengan air suam dan perahan lemon. Madu juga mampu untuk menenangkan manakala jus lemon membantu dari berlaku kesesakan pada rongga. Anda juga boleh memakan madu itu dengan perahan limau nipis.

2. Halia

Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada di dalam badan. Ia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga mengurangkan pedih pada tekak. CAmpurkan pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.

Apa yang anda perlukan adalah halia yang direndam bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan alami perbezaan setelah meminum air campuran halia tersebut.

3. Air Garam

Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak.

Anda hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari.

4. Asam Jawa

Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam garam ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya.

5.  Aiskrim Vanilla

Aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas.

6. Bawang Putih

Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batu. Petua ini amat mudah, anda perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas anda selama 15 minit. Buang kulit bawang tersebut dan makan ia sebegitu sahaja.

7. Air Putih

Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap.

 

Sumber: Iluminasi

Share.

Leave A Reply