Kisah Inspirasi Pemandu ‘Ojol’, Memilih Baca Al-Quran Ketika Tunggu Pesanan Agar Dunia Dan Akhirat Seiringan | Khalifah Media Networks –  Semua manusia di atas muka bumi ini ingin kecapi kejayaan dalam hidup mereka sama ada dari segi duniawi mahupun ukhrawi (akhirat). Namun tidak semua yang dapat seimbangkan kesibukan bekerja serta beribadat dalam masa yang sama supaya kedua-duanya dapat bergerak secara seriringan.

Kisah Inspirasi Pemandu 'Ojol', Memilih Baca Al-Quran Ketika Tunggu Pesanan Agar Dunia Dan Akhirat Seiringan

Namun, lain kisahnya dengan seorang pemandu teksi motosikal dalam talian (Ojol) yang dikenali sebagai Siswanto. Selepas kisahnya menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Indonesia kerana telah berjaya mengeimbangi pekerjaan serta beribadat pada masa yang sama.

Siswanto memberitahu bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam memenuhi masa lapang sementara menunggu pesanan. Namun lain baginya selepas dia memilih untuk membaca ayat-ayat Al-Quran bagi memenuhi masa terluang ketika melakukan ‘Ojol’ secara sepenuh masa.

Apabila ditanyakan mengenai sebab pemilihannya, dia mengakui bahawa membaca ayat-ayat Al-Quran bukanlah tanpa alasan. Namun dia bercita-cita untuk menjalankan pekerjaanya sambil menunaikan ibadah agar kedua-duanya dapat bergerak secara seiringan.

Tambah Siswanto, dia turut mengikuti pengajian di Rumah Tahfidz dalam pengajian Al-Quran ketika mempunyai masa lapang di waktu bekerja iaitu ketika menunggu pesanan dari pelanggan. Baginya, dengan cara begitu dia dapat memanfaatkan waktu lapangnya dengan pengisian yang lebih baik.

Pada awalnya, di melihat kelas tersebut menerusi media sosial. Maka dia mengambil keputusan untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam kelas tahsin. Dia juga memberitahu bahawa dia juga telah lama berminat dengan program tahfizh. Program ini dijalankan oleh Yayasan Dompet Tahfizh menerusi laporan media tempatan.

Media turut melaporkan bahawa Siswanto sering menghabiskan masanya di jalanan sejak 3 tahun kebelakangan ini akibat tuntutan kerja.

Sumber: TribunNews

Share.

Leave A Reply