Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 12 Dis 2022.

KP Perkidmatan Awam Ditamatkan Perkhidmatan, Ingin Ambil Tindakan Undang-undang

Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Peruntukan tersebut membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

Jelasnya,  keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, selaku bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

Tambah Mohd Zuki, justeru menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai.

Terdahulu, tular di media sosial surat bertarikh 1 Dis yang ditandatangani Mohd Zuki, menyatakan Mohd Shafiq ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin.

Menerusi surat itu, dinyatakan bahawa kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan beliau demi kepentingan awam.

Bekas KP Perkhidmatan Awam Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat ke atas penamatan perkhidmatannya.

Shafiq dalam satu kenyataan media hari ini berkata, beliau terkilan dengan keputusan yang dikenakan ke aatas dirinya.

Menurutnya, walaubagaimanapun tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatannya dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Terdahulu, Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 12 Dis 2022.

Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Peruntukan tersebut membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

Menurutnya, keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

Mohd Zuki turut menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai.

Sumber: Astro Awani, Astro Awani

Share.

Leave A Reply