Satu hantaran Facebook Polis Diraja Malaysia mencuri perhatian ramai apabila pihak polis mengumumkan mereka sedang memburu ahli kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menjadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebagai litar untuk buat aksi berbahaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata, terdahulu pihaknya menerima dua rakaman video berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari semalam.

Katanya, video pertama memaparkan sekumpulan empat penunggang motosikal dengan model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Dua daripada mereka melakukan aksi ‘wheelie‘ iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri.

“Aksi itu dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal,” katanya tadi.

Beliau berkata, ketika ini polis giat mengesan pemilik video asal dan semua penunggang motosikal terbabit.

Menurut Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Video kedua memaparkan sebuah motosikal ditunggang dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi ‘wheelie‘.

Ramli berkata, aksi penunggang motosikal itu disaksikan sekumpulan penunggang motosikal lain.

“Kumpulan itu didapati sedang berhenti dan berkumpul di tepi jalan di kawasan Lebuhraya LATAR.

“Hasil penelitian video, polis mengenal pasti salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan terbabit adalah PNV 1414.

“Polis turut berusaha mengesan perakam video itu dan akan merakam percakapannya. Selain itu, video berkenaan akan dihantar ke Unit Forensik untuk tindakan lanjut serta mengesan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber : Vocket

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

VIRAL Lelaki Lekat QR Code Sendiri Di Tabung Masjid. ADA VIDEO

Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis setelah disyaki menukar atau memalsukan kod Quick Response Code Indonesia Standard (QRIS) pada peti tabung di masjid dalam kejadian di sekitar Jakarta baru-baru ini.

lelaki palsukan kod qr masjid

Lapor Kompas.com, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan Kompol Irwandhy Idrus mengesahkan bahawa penjenayah itu ditangkap di kawasan Kebayoran Lama.

Ujarnya, penahanan suspek juga merupakan kerjasama antara Polis Metro Jakarta Selatan dan Jabatan Siber Metro Jaya.

“Benar, dia telah ditangkap.

“Penangkapan itu dibuat bersama dengan Jabatan Jenayah Siber Metro Jaya. Dia ditahan di lokasi lain, yang jelas bukan masjid (lokasi kejadian),” katanya.

Walaupun suspek yang didakwa telah ditangkap namun Irwandhy enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Jelas Irwandhy pihaknya telah melakukan siasatan ke atas suspek tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya.

“Suspek masih lagi disiasat, segala maklumat akan diberikan kemudian,” kata Irwandhy.

Menurut laporan, kejadian berlaku di Masjidil Haram Al-Azhar, Kebayoran Baru dan Masjid Nurul Iman, Blok M Square, Jakarta Selatan.

Difahamkan juga, suspek sebelum ini pernah melakukan perbuatan yang sama di masjid yang berlainan dan ini merupakan kali kedua dia bertindak sedemikian.

Video tular di media sosial

Imbas kembali, satu rakaman klip video yang memaparkan tindakan jelik lelaki tersebut telah tersebar di media sosial dan rata-rata warga maya berang dengan perbuatannya.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular itu, kelihatan seorang lelaki (suspek) yang memakai kaca mata menghampiri peti tabung sumbangan di sebuah masjid.

Dengan langkah yang perlahan, lelaki yang mengenakan baju berwarna biru itu mengeluarkan pelekat QRIS daripada kocek bajunya.

Lelaki tersebut sempat melirikkan mata untuk melihat persekitarannya kerana mahu memastikan keadaan di masjid itu selamat.

Tanpa membuang masa, lelaki itu kemudiannya menampalkan pelekat QRIS palsu di peti tersebut.

Berdasarkan pemerhatian awam, lelaki berkenaan didakwa menukar kod asal QRIS dan menggantikannya dengan kod lain, disyaki milik peribadinya sendiri.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat tenang semasa melakukan tindakan tersebut dan bergerak pantas selepas selesai melekatkan QRIS itu.

Rakaman CCTV tersebut menunjukkan kejadian berlaku pada 6 April lalu, kira-kira jam 10 pagi.

Insiden tersebut jelas menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Indonesia dan ramai yang tidak menyangka lelaki tersebut sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun, orang ramai sempat menghelakan nafas lega selepas mendapat tahu suspek tersebut akhirnya telah ditahan pihak berkuasa.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply