Dua daerah di negeri Kedah iaitu Kubang Pasu dan Langkawi mengalami banjir dan telah melibatkan 62 orang yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Mangsa banjir di daerah Kubang Pasu mempunyai seramai 24 orang manakala 38 orang  di daerah Langkawi.

Lebih kurang 15 keluarga telah terjejas dengan banjir yang telah melanda di dua tempat ini dan menyebabkan mereka perlu dipindahkan ke PPS untuk tempat perlindungan.

MANGSA banjir di PPS SMK Changlun. FOTO ihsan APM

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, jumlah tersebut yang telah membabitkan 24 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun di Kubang Pasu, manakala 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Syifa di Langkawi.

Menurut beliau, PPS Dewan Syifa dibuka pada 8 malam tadi manakala PPS SMK Changlun dibuka pada 3 pagi, hari ini.

“Setakat ini, mangsa di Langkawi masih 38 orang daripada 10 keluarga dan kesemua mangsa dari Kampung Limbung Putra, Kampung Buluh Penyumpit dan Kampung Atas yang dinaiki air,” kata Mejar (PA) Muhammad Suhaimi pada hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi  mengatakan bahawa hujan renyai selama enam jam menyebabkan air menaik di tiga kampung iaitu Kampung Paya Lantau, Kampung Nangmah, dan Kampung Paya Nongmi di Changlun.

Trend air kini semakin tinggi menaik dan penduduk di kawasan tersebut telah dinasihatkan berpindah dengan kadar yang segera.

Beliau juga mengatakan bahawa pihak APM Kubang Pasu memperoleh maklumat penduduk daripada penghulu Mukim Temin dan menasihatkan penduduk supaya berpindah ke PPS SMK Changlun hari ini.

Menjengah ruang komen di Facebook, kebanyakan netizen mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. dan semua mangsa banjir dalam keadaan yang selamat.

Terdapat juga netizen mengatakan bahawa air pasang besar berlaku dengan hujan sekali menyebabkan banjir  berlaku di kawasan yang terjejas.

Sumber : Harian Metro 

 

Share.

Leave A Reply