Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Tindakan Drastik Pakatan Harapan Malam Ni

| February 29, 2020 | 0 Comments

Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Tindakan Drastik Pakatan Harapan Malam Ni | YDP Agong baru ni telah perkenan melantik TS Muhyiddin sebagai PM Ke 8. Ini tindakan drastik PH malam ni buat ramai suspen. Baca selanjutnya.

PH Akan Buat Rayuan

Pakatan Harapan akan membuat rayuan terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan bukti akuan bersumpah yang ditandatangani ahli parlimen menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami akan cuba serahkan bukti melalui akuan bersumpah. Kita akan cuba menggumpulkan bukti itu, kerana tempoh semasa yang diberikan Istana semalam mengizinkan kami untuk mengumpulkan bukti-bukti itu,” katanya kepada media di luar Hotel Eastin, pada Sabtu di sini.

Beliau juga menjelaskan semua pemimpin PH kini akan bermesyuarat di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Al-Bukhary untuk membincangkan proses rayuan kepada Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

FB YB Fahmi Fadzil : Dengan sdr Baru Bian, saya difahamkan pihak Tun Mahathir kini punyai sokongan 114 Ahli Parlimen.


Sumber: Astro Awani

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *