Lelaki Dicekup 6 Jam Selepas Meragut | Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang meragut telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Jalan SS1/22, di Petaling Jaya Sabtu lalu.

Lelaki dicekup enam jam selepas meragut - Sinar Harian

Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11 pagi semasa mangsa duduk menunggu di stesen minyak berkenaan sementara isterinya pergi mengundi.

Beliau berkata lagi, tiba-tiba datang sebuah motosikal nombor pendaftaran dan warna tidak pasti yang dinaiki seorang lelaki memakai baju berwarna kuning telah meragut telefon bimbit jenis Huawei Mate 20 milik mangsa.

Beliau berkata dalam kenyataan pada Khamis bahawa mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah pergi ke balai untuk membuat laporan.

Mohamad Fakhruddin berkata, bertindak atas maklumat, mangsa bersama sepasukan polis dari Balai Sungai Way berjaya menahan suspek dalam satu serbuan di Jalan PJS 5/30, di sini pada jam 5.40 petang, Sabtu.

Sampai di lokasi, mangsa dan pasukan serbuan telah menahan seorang lelaki tempatan serta merampas barang kes yang disiasat.

Katanya bahawa hasil soal siasat, suspek mengaku telah terlibat dalam kes yang diadu. Dipandu arah oleh suspek berkenaan, pasukan serbuan telah pergi ke sebuah rumah di sekitar Sungai Way.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, pihak polis berjaya menemui pakaian yang digunakan suspek semasa meragut telefon bimbit mangsa dan turut merampas empat buah telefon bimbit dipercayai hasil kegiatan samun.

Katanya, semakan rekod mendapati, suspek berkenaan mempunyai 22 rekod jenayah lampau dan satu berkaitan dadah.

Beliau berkata kejayaan tangkapan ini telah menyelesaikan tiga kes samun tanpa senjata api dalam daerah Petaling Jaya.

Beliau berujar suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (samun tanpa senjata api).

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Cuba RASUAH polis dengan RM90,000, lelaki ini ditahan

Cubaan seorang lelaki merasuah polis dengan wang tunai RM90,000 supaya melepaskan rakannya selepas terlibat sindiket tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud memakan diri apabila ditahan pada Selasa.

Wang tunai dan peralatan yang dirampas selepas seorang lelaki cuba menyogok polis.

Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor, berkata, suspek lelaki tempatan yang berusia 31 tahun itu menawarkan wang tersebut sebagai suapan dan dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap rakannya.

Menurut beliau. pihak polis telah memberi amaran untuk tidak melakukan sedemikian. Namun degil, suspek tetap mendesak untuk menerima wang tersebut dan akhirnya ditangkap.

Kejadian ini berlaku di Taman Suria dalam satu pertemuan antara suspek dan anggota polis terbabit.

“Tangkapan dibuat dan wang tunai tersebut yang cuba diserahkan kepada polis turut dirampas.

“Kes ini dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, suspek bertindak demikian selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat serbuan di sebuah apartment di Jalan Tanjung Puteri di sini jam 12 tengah hari Isnin.

Katanya, Apartment yang dijadikan sebagai pusat panggilan menawarkan kerja dalam talian yang tidak wujud itu menjadi sebab serbuan dilakukan.

“Semasa proses awal siasatan dijalankan, pasukan serbuan telah menerima panggilan daripada suspek. Suspek itu mengaku rakan kepada warga asing itu dan mahu berjumpa pihak polis terbabit di Taman Suria.

“Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun. Pihak polis juga telah merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk berhubung dan memperdayakan mangsa,” katanya.

Suspek kemudian menawarkan wang berkenaan sebelum diberkas kerana cuba merasuah pihak polis.Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply