Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat | Mati hidup semula. Begitulah yang boleh digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang dilaporkan telah kembali hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor, lapor India Times, baru-baru ini.
Jasad lelaki yang berusia 40 tahun tersebut dikatakan ‘hidup semula’ selepas 7 jam disimpan dalam peti sejuk jenazah selepas disahkan meninggal akibat dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu dengan laju.
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital daerah namun belum sempat mendapatkan rawatan, dia telah disahkan meninggal dunia akibat cedera parah.
Setelah itu, acara pengebumian tela dijalankan oleh pihak hospital sebelum mereka dilaporkan memasukkan jasadnya ke dalam peti sejuk di bilik mayat untuk dibedah siasat.
Namun setelah tujuh jam kemudian, dikhabarkan kakak iparnya dikatakan tersedar bahawa dia menunjukkan tanda-tanda pergerakan selepas mereka telah menandatangani dokumen ‘panchnama‘ sebagai tanda persetujuan untuk menjalankan bedah siasat.
Menurut laporan India Times, ahli keluarganya terus mengerumuni jasad tersebut dan memanggil doktor petugas dan pihak polis.
Selepas lelaki tersebut dikeluarkan dari peti sejuk, tubuhnya telah dipindahkan ke pusat kesihatan daerah Meerut dan keadaannya semakin pulih.
Kata ahli keluarganya, dia masih lagi tidak menyedarkan diri dan difahamkan doktor juga telah memberi jaminan bahawa dia telah berada pada fasa luar bahaya.
Sumber: India Times