Lelaki Gantung Diri Di Jejantas Selepas Dijangkiti Covid-19 | Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam satu kejadian di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 7.47 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki yang berusia 54 tahun itu itemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuh Raya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong.

Menurut maklumat yang diterima dari waris si mati mendapati, dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan pernah mengatakan dia tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak bomba dan mayat lelaki tersebut kemudiannya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply