Lelaki Malaysia Positif Covid-19, Punca Dari Kluster Kasino Singapura| Padah bermain kasino ketika wabak berbahaya Covid-19 masih melanda, seorang lelaki warganegara selepas dia kini dikatakan positif wabak tersebut susulan dikatkan dengan kluster Dealer Marina Bay Sands Casino untuk tahap awal varian iaitu B1617, baru-baru ini.

Lelaki Malaysia Positif Covid-19, Punca Dari Kluster Kasino Singapura

Lelaki tersebut yang berusi 34 tahun didapati menganggur turut merupakan kontrak rapat salah seorang individu yang turut positif dalam kes pertama kluster terbabit yang merupakan seorang lelaki Malaysia berusia 36 tahun yang  bekerja sebagai dealer di Marina Bay Sands Casino, dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 16 Mei yang lalu.

Menurut kementerian kesihatan republik Singapura, individu terbabit disahkan mengalami demam dan batuk pada 12 Mei, dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik Kesihatan Awam pada 15 Mei, dan didapati positif melalui saringan ‘Antigen Rapid Test’ (ART). Lelaki rakyat Malaysia terbabit segera dikuarantin serta telah disuruh menjalani ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ pada hari yang sama.

Keputusan ujian saringan Covid telah keluar pada tarikh 16 Mei dan mendapati individu terbabit positif Covid-19 namun dilaporkan pada ketika itu ujian serologinya belum diperoleh. Lelaki berkenaan dijangkiti wabak berkenaan pada tahap awal bagi varian B1617 dan dilaporkan masih menunggu ujian pengesahan lebih lanjut dari pegawai kesihatan republik terbabit.

Berikutan kluster membabitkan Dealer Marina Bay Sands Casino, ia telah mencatatkan bilangan kes kira-kira tiga kes dimana membabitkan seorang lelaki warga Singapura berusia 35 tahun yang turut bekerja sebagai dealer di kasino terbabit.

Singapura kini telah mencatatkan bilangan kes sebanyak 61,613 kes keseluruhan membabitkan Covid-19 dan mereka kini sedang memperketatkan angkah-langkah pengurusan keselamatan dalam komuniti bermula 16 Mei yang lalu.

Dilaporkan reublik terbabit hanya mempunyai 16 kluster sahaja membabitkan kluster terbuka dengan kes terbesar membabitkan kes Terminal 3 Lapangan Terbang Changi yang mempunyai 78 kes yang disahkan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply