Lelaki Menimbulkan Kekecohan Dalam Mesyuarat Parti Politik Ditahan | Seorang lelaki ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan dalam satu mesyuarat parti politik dengan bertindak menterbalikkan meja dan mengugut memukul pengerusi mesyuarat, semalam.
Datuk Zainol Samah, Ketua Polis Melaka, berkata, suspek berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam di pejabat parti di kawasan pentadbiran Melaka Tengah.
Datuk Zainol juga menyatakan bahawa semalam mereka telah menahan seorang lelaki selepas menimbulkan kekecohan dengan menterbalikkan meja, kerusi dan mengoyakan kain rentang.
Beliau juga berkata dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini, suspek juga mengancam akan memukul pengerusi mensyuarat ketika perbincangan sedang dijalankan di pejabat itu di Melaka Tengah.
Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan berkaitan khiasat dan ugutan.
Beliau juga mengujar bahawa setakat hari kelima kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung, kontinjen Melaka telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes khianat.
Kelmarin Kosmo! melaporkan, polis Melaka membuka satu kertas siasatan berkaitan jenayah khianat mencabut bendera parti pada hari ketiga tempoh berkempen PRU15.
Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila terdapat bendera parti dicabut dan dicampakkan di atas jalan raya di dalam daerah Melaka Tengah.
Sumber: Kosmo
Artikel Lain
PRU15 : Ini Amanat ‘Penting’ Pengerusi BN Buat Calon
PRU15 : Ini Amanat ‘Penting’ Pengerusi BN Buat Calon | Jika tidak melakukan perubahan terutama soal calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), MNO dan Barisan Nasional (BN) akan ketinggalan kepada parti-parti pesaing.
Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN berkata walaupun tidak mudah, namun keputusan tegas, berani dan bijaksana perlu dilakukan dalam usaha memulihkan dan menjadi pencetus kepada kebangkitan UMNO dan BN.
Beliau berkata mereka yang tidak terpilih perlulah berjiwa besar sebagaimana peluang yang pernah diberikan kepada mereka dahulu.
Pengerusi BNÂ menyatakan bahawa jangan cetuskan rasa tidak berpuas hati, marah, protes, cah keting, sabotaj malah cuba tutup bilik gerakan, memberikan kenyataan yang memburukkan reputasi parti mereka sendiri. Parti lain perlu sedar apabila ini dicetuskan, ia menunjukkan warna sebenar sikap mereka terhadap parti dan rakyat perlu nilai sendiri peribadi politik sedemikian.
Beliau juga bertambah, ketika ini kesetiaan kepada parti, merapatkan barisan lebih penting daripada merintih apabila tidak dicalonkan. Maka jangan terfikir untuk mengkhianati parti secara langsung dan tidak langsung dan jika ini berlaku bermakna (mereka) tidak bersyukur kerana selama ini mereka relevan, menjawat jawatan kerana atas tiket UMNO dan BN.
Ahmad Zahid yang juga dikenali sebagai Presiden UMNO berkata langkah meletakkan muka-muka baharu pada PRU15 adalah sebahagian daripada peremajaan parti selain parti perlu menerima hakikat undi di bawah usia 39 tahun mewakili sekitar 50 peratus daripada pengundi di negara ini.
Beliau berkata lagi, pihaknya perlu berubah. Dalam politik “No one person is indispensable, but all people are important”. Yang sudah lama berpolitik memberi laluan menjadi suri teladan BN manakala yang muda mulai mengambil tempat dan kedudukan bagi memperbaharui kesinambungan kepimpinan masa depan.
Beliau berkata, apabila tidak tersenarai bukan maknanya tidak penting akan tetapi tidak selamanya mereka menongkat langit maka laluan kepada calon baharu perlu dilakukan kata peribahasa patah tumbuh hilang berganti. Beliau mahu pihaknya merapatkan barisan, mengukuhkan kesepaduan kita, memastikan kemenangan besar Barisan Nasional bersama-sama demi kestabilan dan kemakmuran negara.
Semalam, Ahmad Zahid pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRU15 berkata dalam usaha untuk mengembalikan kemakmuran ekonomi Malaysia dan menangani isu-isu “poket dan perut” rakyat, BN menampilkan gandingan calon berpengalaman dan muka baharu yang berpegang kepada prinsip keutamaaan taat untuk berkhidmat.
Pada PRU14, BN memenangi 79 kerusi Parlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
Sumber: Astro Awani