Seorang wartawan yang sedang melakukan lintas langsung ketika membuat liputan pada Rabu lalu pengsan secara tiba-tiba.

Wartawan Pengsan Ketika "Live"

Walau bagaimanapun, keadaan wartawan Channel New Asia (CNA), Julie Yoo yang pengsan itu kini dilaporkan beransur pulih, lapor Mediacorp.

Pada waktu itu, Ms Yoo sedang membuat liputan mengenai sidang kemuncak iklim di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 6 November hingga 18 November.

Merujuk kepada video yang dimuat naik oleh CNA, hos bersama, Dawn Tan yang berada disebelahnya kelihatan bergegas untuk membantu Ms Yoo.

Manakala penyampai berita di studio pada mulanya kelihatan terkejut dan dengan cepat meneruskan segmen yang seterusnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mediacorp, Ms Yoo kini beransur pulih dan akan bersiaran semula esok.

“Dia tidak begitu sihat kerana kekurangan gula dalam darah dan dehidrasi,” kata Mediacorp

Selain itu, Mediacorp juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas keprihatinan mereka.

Ketika dilihat dalam video yang dimuat naik itu, penyampai berita yang berada di studio dilihat agak tergamam. Dia mengambil beberapa saat sebelum membaca segmen yang seterusnya.

Dia juga dilihat profesional kerana memaklumkan kepada penonton terlebih dahulu untuk melihat kondisi Julie Yoo sebelum dia pergi ke segmen yang terbaru.

Komen-komen di Twitter mengucapkan supaya keadaan Julie Yoo beransur pulih dan tiada apa yang serius terjadi.

“Hope she is ok,” @Peter Teo.

“Julie, you need more rest. Get well soon, take care,” @Willie Tan.

“The male presenter definitely wan in a dilemma,” @Keith Ng.

Sumber: Siakap Keli

 

Share.

Leave A Reply