Lelaki Menyamar Menjadi Wanita Mempunyai 20,000 Pengikut Di Youtube

| April 7, 2021 | 0 Comments

Lelaki Menyamar Menjadi Wanita Mempunyai 20,000 Pengikut Di Youtube | Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah banyak memberi kesan kepada ramai orang. Ada yang kehilangan pekerjaan, dikurangkan bayaran gaji dan banyak lagi. Setiap orang mempunyai ujian hidup yang tersendiri.

Lelaki Menyamar Menjadi Wanita Mempunyai 20,000 Pengikut Di Youtube

Di negara Jepun, seorang lelaki telah membuat keputusan untuk menyamar menjadi wanita dan membuka akaun saluran youtube. Dia telah membuka akaun tersebut sebagai seorang wanita bagi mendapatkan pendapatan daripada beberapa video yang dikongsikan di saluran itu.

Chiharu, lelaki yang berusia 37 tahun itu telah mengambil inisiatif untuk menyamar menjadi wanita apabila pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19. Majikannya telah memotong pendapatannya dengan satu jumlah yang agak besar kerana pandemik yang berlaku. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila anjing peliharaannya menghidap barah dan memerlukan kos rawatan yang mahal.

Chicaru telah menggunakan rambut palsu dan alat prostetik (tiruan) payudara silikon untuk melaksanakan penyamarannya. Ini bagi menunjukkan dirinya seolah-olah seperti wanita yang sebenar. Video yang dipaparkan bukanlah video yang biasa, namun ia merupakan video yang memaparkan seorang wanita yang menjalani rutin senaman malam. Namun kameranya lebih tertumpu kepada bahagian dada wanita itu.

Menurut laporan Portal Oddity Centra, Chiharu telah memulakan kariernya di youtube pada Disember tahun lalu. Namun pada akhir Mac yang lalu, video di akaun youtubenya telah berjaya menarik sebanyak 20,000 pengikut dan subscriber. Walaupun akaun youtube itu hanya berkongsikan enam video sahaja. Chiharu mula menyiarkan senaman malam dan berjogging tanpa pengetahuan isterinya sendiri.

Pada 25 Mac yang lalu, Chiharu sekali lagi telah memuat naik video di akaun youtube miliknya. Namun video yang dikongsikan kali ini agak berbeza jika dibandingkan dengan yang sebelumnya. Kali itu video yang dikongsikan tidak lagi memaparkan seorang wanita yang cantik, malahan seorang lelaki berjaket biru dengan senyuman serta riak wajah yang bersalah.

Dalam video itu, dia telah mendedahkan identiti sebenarnya kepada para pengikutnya. Dia juga memberitahu kepada para pengikutnya alasan mengapa dia menyamar menjadi wanita melalui akaun youtube itu. Dia memberitahu peminatnya bahawa dia tidak mampu untuk meneruskan penyamaran itu lagi kerana tidak mahu membina karier berdasarkan tipu muslihat.

Menurut Chiharu, dia memilih untuk menjadi perempuan kerana cara sebegitu lebih mudah untuk menjana pendapatan menerusi youtube kerana rata-rata orang lebih tertarik terhadap wanita. Dia memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 langganan dan 4,000 jam waktu tonton dalam 12 bulan untuk mendapatkan iklan bagi youtubenya. Malahan itu bukanlah suatu yang mudah bagi setiap youtuber.

Selepas pendedahannya, jumlah pengikutnya menurun dari lebih 20,000 menjadi 18,300 orang saja.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *