Lelaki Takut Beritahu Isteri Buang Kerja, Berlakon Pergi Kerja | Seorang penganggur di Hong Kong yang dipecat tahun lalu nekad menghabiskan beberapa bulan untuk berpura-pura pergi bekerja setiap hari kerana takut nak beritahu isteri dan keluarganya tentang nasibnya.

SCMP melaporkan, kesusahan lelaki yang berusia 46 tahun itu dikatakan serupa dengan filem Tokyo Sonata pada tahun 2008, sebuah filem Jepun yang menggambarkan kehidupan rakyat biasa yang terkesan dengan kemelesetan ekonomi.

Selepas berhempas-pulas memohon hampir semua pekerjaan yang serupa dengan pekerjaan lamanya di laman web pekerjaan Hong Kong, dia masih tidak menerima apa-apa maklum balas, menurut Office Daily.

“Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas,” tulis lelaki itu dalam mesej yang disiarkan tanpa nama oleh Office Daily di laman Facebook pada 5 Januari lalu.

Pada mulanya, dia berpura-pura bercuti selama tiga minggu sebelum mula berpura-pura pergi dan pulang pada setiap hari ke pejabatnya yang tidak wujud itu, lapor SCMP.

“Saya tidak berani untuk memberitahu isteri saya,” katanya.

Menurutnya, dia kini terpaksa menanggung beban hidup dalam kepuraan. Dia sehinggakan sangat mengharapkan cuti umum supaya dia mempunyai sebab yang kuat untuk tinggal di rumah.

Walaupun masih mempunyai sedikit simpanan, lelaki itu juga bimbang tidak dapat mengekalkan penipuannya dalam tempoh lebih lama tanpa pekerjaan yang benar-benar bergaji.

Menurutnya, dia akan terus berpura-pura semasa Tahun Baru Cina yang bakal menjelang dengan membeli pakaian baru dan memberikan angpao kepada anak-anaknya seperti biasa.

Memetik SCMP lagi, nasibnya itu telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

“Saya harap awak akan segera dapat pekerjaan yang baik. Semoga berjaya!” Kata salah seorang netizen.

Salah seorang daripada netizen menasihatkan supaya lelaki tersebut berlaku jujur dengan keluarganya.

“Bersikap jujur dengan keluarga akan membantu mengurangkan tekanan anda. Mereka mungkin mempunyai pendapat yang berbeza mengenai situasi anda,” katanya.

Pada bulan September hingga November 2022, kadar pengangguran Hong Kong berada pada 3.7 peratus berikutan penurunan berterusan selama tujuh bulan selepas mencapai paras tertinggi 12 bulan sebanyak 5.4 peratus pada Mei ketika COVID-19 melanda negara itu, menurut Jabatan Banci dan Perangkaan.

Ini adalah angka terendah sejak 3.4 peratus yang dicatatkan antara Disember 2019 dan Februari 2020 sekitar permulaan wabak COVID-19.

Seorang ahli ekonomi di Institut Perniagaan Asia Pasifik di Universiti Chinese, Simon Lee Siu-po berkata ketika ekonomi Hong Kong sedang pulih, peluang pekerjaan dijangka meningkat berikutan pembukaan sepenuhnya sempadan Hong Kong – China pada 8 Januari.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Pemuda Ini Kongsi Kisah 3 Bulan Dibuang Kerja Tak Beritahu Isteri Buat Ramai Sebak

Pemuda Ini Kongsi Kisah 3 Bulan Dibuang Kerja Tak Beritahu Isteri Buat Ramai Sebak | “Setiap pagi saya keluar pergi kerja saya keluar macam biasa. Saya naik motor tapi tak beritahu isteri saya telah dibuang kerja.

Gambar Hiasan

Begitulah pengakuan seorang pemuda kepada sebuah stesen radio pagi semalam.

Katanya, dia bertindak sedemikian kerana diselubungi rasa bersalah dan tidak sampai hati untuk memberitahu isterinya yang dia telah dibuang kerja.

Menurutnya, semua orang tengah struggle cari kerja sekarang.

“Saya buat kerja harian, tak kisah la. Saya keluar pakai macam biasa, tapi sebenarnya saya ada baju salin dalam motor,” kongsinya kepada Suria FM.

Menceritakan kisahnya, pemuda itu memberitahu dia kehilangan kerja disebabkan perintah kawalan pergerakan sebelum ini.

Bermacam-macam kerja yang dilakukan sepanjang tiga bulan ini dan akhirnya dipertengahan September dia mendapat perkhabaran gembira apabila mendapat kerja baru.

“Alhamdulillah nak dijadikan cerita 14 September saya dapat kerja. Masa nak pergi interview saya beritahu isteri, saya dapat interview, dibuang kerja saya tak beritahu.

“Saya cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja atau on the way (dalam perjalanan) cari kerja, percaya dengan diri sendiri, kita usaha Allah tolong kita,” pesannya sebelum menamatkan panggilan.

Justeru, apa jua rintangan yang kita hadapi, percayalah jika kita berusaha dan yakin, Allah akan memberi ganjarannya kelak.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply