Seorang lelaki di Jalan Pengkalan Chepa, di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram (kg) yang ‘bersembunyi’ di atas sebatang pokok durian di rumahnya di sini pada Rabu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Kapten (PA) Md Fadir Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.11 pagi daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Tan.
“Anggota yang bertugas telah memanjat pokok tersebut dan mengambil tindakan memotong dahan yang terdapat reptilia itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut beliau, pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter itu.
Ujarnya, ia telah dibawa ke bilik gerakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
(VIDEO) Anggota Bomba Bergelut Tangkap Ular Sawa 6 Meter
Pemilik sebuah rumah di Makassar, Indonesia terkejut apabila menyedari terdapat ular sawa yang menyorok di atas siling rumahnya pada Ahad lalu.
Risau jika haiwan berbisa itu menyerang, pemilik rumah kemudian memanggil bomba untuk bantuan dan operasi mengeluarkan ular itu tular di media sosial.
Ini kerana saiz ular sawa bersaiz besar dan anggota bomba juga berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya.
Menerusi video tular itu, anggota bomba telah memecahkan siling luar rumah dua tingkat itu untuk menarik ular tersebut keluar.
Namun, usaha itu gagal kerana kedua-dua anggota bomba tidak mampu melawan tenaga ular itu yang masuk kembali ke dalam siling rumah.
Susulan itu, anggota bomba terpaksa meletak umpan untuk memancing ular tersebut sebelum mereka memecahkan siling untuk menangkap haiwan itu.
Ternyata, ular tersebut sangat besar dengan ukuran sepanjang enam meter.
Ular itu kemudian dimasukkan ke dalam karung beg sebelum dihantar semula ke lokasi yang lebih selamat.
“Besarnya ular sawa ni. Mungkin makanan dia tiap-tiap hari tikus..,” @Ceofmusibat.
“Allahuakbar tetibah terbayang ular atas siling rumah..,” @Umi_adam01.
“Mak ai.. besarnya. Apa di makannya kat atas siling tu,” @Ucumekar.
“Dirumah saya dulu, ular sawa besar inilah baham kucing, misteri kehilangan 8,9 ekor kucing terjawab sudah,” @Rosnani Osman56.
Sumber: KMN