Lepas Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Tegas Syed Saddiq Yang Ditunggu Belia | Dalam kemelut politik baru ni tampak Syed Saddiq tak banyak keluar kenyataan. Tetapi akhirnya, beliau keluarkan kenyataan tegas yang ditunggu ramai belia. Tak sangka. Baca selanjutnya
Armada Tolak Kerjasama Dengan UMNO
Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menyuarakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, namun menolak kerjasama dengan parti UMNO.
Menurut Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kerjasama dengan UMNO pimpinan Zahid Hamidi adalah satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat.
“ARMADA Bersatu Malaysia menyambut baik perpaduan Melayu namun, atas dasar prinsip dan integriti, tidak mungkin kami akan bersekongkol dengan mereka yang telah mencalarkan imej bangsa Melayu dengan merompak, dan mengkhianati amanat rakyat sewaktu di tampuk kuasa,” katanya.
“Ini merupakan satu pengkhianatan kepada mandat rakyat dan prinsip perjuangan semasa Bersatu,” tambahnya lagi.
Kenyataan rasmi itu telah dikongsikan Ketua Penerangan Armada, Ulya Husamudin sebentar tadi di laman Twitter miliknya.
Sumber: Armada Malaysia via Siakapkeli