Lepas ‘Sign’ Polisi Insurans Hayat 1 Juta, Isteri Dibunuh Suami Sendiri | Seorang wanita Texas telah ditemui mati dua hari selepas dia menandatangani polisi insurans hayat sebanyak $250, 000 ( RM 1, 059, 750) dan suaminya telah didakwa atas pembunuhannya, lapor polis menerusi Daily Mail.
Suaminya, yang berusia 41 tahun itu didakwa atas kematian isterinya selepas mayat ditemui di dalam rumah mereka pada 18 November lalu.
Menurut pihak polis, lelaki tersebut berusaha keras meyakinkan penyiasat bahawa isterinya dibunuh oleh seorang penceroboh di rumah mereka, Clayton Bluff, Houston.
Pihak pendakwa raya berkata bahawa lelaki tesebut telah membunuh isterinya hanya dua hari selepas isterinya menandatangani insurans hayat bernilai lebih satu juta ringgit.
Mangsa didapat mempunyai satu kesan tembakan pada bahagian kepala, jelas pemeriksa perubatan.
Pihak berkuasa percaya bahawa peluru yang digunakan telah dilepaskan daripada senjata api berkaliber pada skala 0.22 atau 0.25.
Lapor Daily Mail, lelaki itu dilaporkan memberitahu pihak polis bahawa isterinya telah membelikannya sebuah pistol berukuran 0.9 mm. Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang peluru.
Walau bagaimanapun, pegawai yang bertugas kemudiannya telah menjumpai satu kartij 0.22 mm di dalam poket seluarnya. Kata pemeriksa perubatan, beg kain dipercayai telah diletakkan di atas kepala mangsa selepas mangsa ditemui mati.
Pihak polis menambah bahawa seorang jiran melaporkan telah mendengar pertengkaran dari rumah itu pada hari yang sama mayat ditemui.
Laporan polis menjelaskan bahawa tertuduh telah menghubungi Timbalan Syeriff untuk memeriksa kebajikan isterinya di rumah.
Lelaki itu juga didapati telah menghubungi talian kecemasan sekitar jam 3.15 petang selepas didakwa menerima satu mesej daripada isterinya yag mengatakan ada seorang lelaki ingin menceroboh masuk kediamannya ketika dia bersenam di sebuah gim dan pergi membeli makanan, menurut laporan Click2Houston.
“Pemanggil melaporkan bahawa dia terputus talian dengan isterinya, sejurus selepas dia memberitahu ada seorang lelaki yang mencurigakan di kawasan rumah mereka,” kata polis.
“Pegawai kami telah memasuki kediamannya dan mendapati wanita tersebut sudah meninggal dunia.”
Lapor KHOU memetik daripada dokumen mahkamah, lelaki tersebut dikatakan tergamam dan teru berlari ke arah mangsa yang terbaring di atas lantai dengan berlumurkan darah pada bajunya dan beg yang menutupi kepala.
Kata polis, mereka tidak menemui sebarang kesan pencerobohan dan kecurian yang berlaku di rumah itu.
Lelaki tersebut dipercayai telah ditahan dan bon sebanyak $150, 000 ( RM 63, 5850). Tertuduh juga dijangka akan menghadirkan diri buat kali pertama di mahkamah pada hari Isnin.
Sumber : SK