Denda di zaman sekolah adalah satu hukuman yang selalu diberikan oleh guru jika seorang murid itu gagal menyiapkan kerja yang diberi. Boleh kata, semua orang pernah rasa kena denda dengan guru, boleh jadi sebab kita tidak siapkan kerja sekolah atau terlalu nakal di dalam kelas. Tetapi pernahkah anda alami denda sehingga sakit tubuh badan anda?
Melalui laporan News Strait Times, satu kes dimana seorang pelajar tahun lima dipercayai retak lutut kiri selepas didenda ‘ketuk ketampi’ oleh gurunya selepas gagal datang ke sekolah.
Menerusi makluman ibunya, Azlina yang berusia 36 tahun, pelajar terbabit gagal datang ke sekolah kerana cirit birit dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada guru melalui mesej dalam kumpulan Whatsapp.