KEMERIAHAN perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada Januari lalu masih lagi terasa, dengan penganjuran rumah terbuka diadakan oleh kebanyakan penganut Buddha di seluruh dunia.

Perayaan tersebut agak suram sekiranya tidak diserikan dengan persembahan tarian singa dan upacara pembakaran mercun serta bunga api.

Namun, tatkala rakyat negara ini teruja dengan sambutan perayaan itu, malang tidak berbau bagi seorang kanak-kanak apabila cedera ketika bermain bunga api.

Menerusi video tular, kanak-kanak perempuan itu pada mulanya dilihat bermain bunga api di sebuah balkoni rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Meskipun dipantau oleh seorang lelaki dipercayai bapanya, kemalangan akibat bahan api itu masih tidak dapat dikawal, selepas percikan api tidak semena-mena terkena pada badan kanak-kanak tersebut.

Gambar berasingan memaparkan kanak-kanak tersebut dilihat menangis kesakitan, selepas tangan kanannya cedera akibat terkena percikan bunga api berkenaan.

template - 2023-02-06T134405.092

Masa dan lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

Baru-baru ini, kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat, termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya berkuat kuasa pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Pada masa sama, Majoriti mendapati, pengumuman itu dilihat tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat di negara ini, dengan mengambil kira pencemaran bunyi dan bahaya penggunaan bahan api tersebut sehingga menyebabkan kecederaan dan kecacatan.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Kanak-Kanak 9 Tahun Melecur Kena Asid Dari Letupan Paip Sinki

“Hati ibu mana yang tidak pilu lihat keadaan anak yang melecur hampir seluruh badan disebabkan asid,” kata ibu kepada kanak-kanak yang cedera dalam kejadian letupan paip sinki di rumahnya di Kota Perdana, Seri Kembangan, Serdang, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, Nurul Shaszamul Hidayah Mohd Sham, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, mereka sekeluarga mahu menikmati makan malam.

“Ketika itu, anak ketiga saya, Muhammad Haidar Munir, 9, sedang menggoreng telur di dapur ditemani adiknya, Marissa Nur Humaira Munir, 7.

“Tiba-tiba, kami terdengar letupan kuat di dapur. Kami sangkakan bunyi gas memasak meletup sebelum terhidu bau asid yang kuat dan kedengaran Haidar mengerang kesakitan.

“Saya terus berlari ke dapur dan mendapati paip sinki jiran yang terletak di bahagian siling dapur meletup dan terdapat asid di dalam kuali digunakan Haidar untuk menggoreng telur,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Nurul Shaszamul berkata, anak ketiga daripada lapan beradik itu kemudian dilihat berlari ke bilik air dalam keadaan rambutnya menjadi keras akibat terkena asid.

“Suami kemudian membantu Haidar membuka baju serta menyiram air pada seluruh badannya. Ketika itu, dia hanya mengerang kesakitan.

“Sebaik melihat keadaan dapur yang terdapat tompokan cecair berbuih di atas meja dan di dalam kuali, jiran nampak terkejut dan meminta maaf kepada kami,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati hampir keseluruhan bahagian kepala melecur termasuk rambut Haidar yang mengeras seperti plastik terbakar.

Dua kanak-kanak melecur selepas dipercayai terkena letupan asid serbuk soda dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, pada Selasa. - Foto: Facebook

“Ada juga bahagian bertompok sehingga menampakkan kulit kepalanya akibat hakisan asid berkenaan.

“Bahagian muka dia paling teruk terjejas termasuk kedua-dua matanya juga terkena asid dengan selaput matanya di bahagian luar terkoyak.

“Doktor memaklumkan kemungkinan mata Haidar sembuh seperti sedia kala adalah 50/50 dan dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) kebakaran di Hospital Tunku Azizah,” katanya.

Dia juga memaklumkan anak keempatnya turut mengalami cedera ringan di bahagian paha kanan dalam kejadian itu dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurutnya, mereka sekeluarga kini menetap di rumah mentuanya di Serendah, Hulu Selangor, kerana merasakan rumah sewanya itu yang baru didiami sejak tiga bulan lalu tidak selamat selepas insiden berkenaan.

Menurutnya, dia sedar jiran tidak ada niat untuk mencederakan anaknya yang kebetulan berada di dapur.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply