M4yat Budak Autisme 7 Tahun Ditemukan Lemas | Kuching: Kanak-kanak autisme berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang di sini, semalam, ditemukan lemas, hari ini.
Mayat Andrine Johnnes ak Anne ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dalam sungai kampung terbabit pada 12.15 tengah hari.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pada mulanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba melihat satu objek tenggelam timbul di sungai terbabit.
“Apabila dihampiri objek terbabit disahkan mayat kanak-kanak berkenaan yang masih berpakaian.
“Keluarga mangsa dipanggil bagi membuat pengecaman mayat di Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat kemudian dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.
“Dengan penemuan mayat berkenaan, operasi SAR ditamatkan pada 1 tengah hari,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang selama ini tidak dibenarkan keluar dari rumah berkemungkinan keluar melalui pintu belakang yang menghadap kawasan hutan berdekatan.
Sumber: Harian Metro
Baca Juga: Seorang Bapa Dikhuatiri Lemas Selepas Selamatkan Anak, Kereta Terjunam Dalam Sungai
Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan anaknya berusia lima tahun yang terperangkap dalam kereta yang terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Imbahan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, Lasibi Lawahidu, 40-an, dikatakan terjun ke dalam sungai terbabit selepas Perodua Myvi yang dinaiki anaknya, Mushab Umair Lasibi, 5, secara tiba-tiba bergerak, lalu terjatuh ke dalam sungai.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui di lokasi berkata, difahamkan sebelum kejadian, mangsa berada di tebing dan sedang memancing, manakala anaknya berada di dalam kenderaan yang diletakkan berhampiran dalam keadaan enjin dihidupkan.
Bagaimanapun, katanya, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai dan mangsa terjun untuk menyelamatkan anaknya.
“Mangsa dikatakan sempat mengeluarkan anaknya daripada kenderaan itu sebelum dibantu seorang lelaki yang kebetulan berada di situ untuk memancing.
“Ketika lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dipercayai tenggelam,” katanya.
Anak mangsa yang diselamatkan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.53 petang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, katanya, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai dan mangsa terjun untuk menyelamatkan anaknya.
“Mangsa dikatakan sempat mengeluarkan anaknya daripada kenderaan itu sebelum dibantu seorang lelaki yang kebetulan berada di situ untuk memancing.
“Ketika lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dipercayai tenggelam,” katanya.
“Setakat 11 malam, mangsa masih belum ditemui,” katanya yang memberitahu operasi akan bersambung esok.
Sumber : HM