M4yat Warga Emas Lemas Akibat Bot Karam Akhirnya Ditemui | MAYAT seorang warga emas yang hilang selepas bot kendaliannya karam di Bagan Lalang, Sepang, Selangor ditemui pada Sabtu.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa seorang pengendali bot pancing bersama tujuh mangsa lain lemas selepas bot berkenaan dipercayai karam pada 12 tengah hari Sabtu.
Menurut Mohamadul Ehsan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.27 petang Sabtu.
Katanya, bot itu dalam perjalanan dari Jeti Sepang Kecil dan sedang menuju ke Kelong Hj Nazri ketika kejadian itu berlaku.
“Kami menghantar sebuah jentera dan empat anggota ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
“Tujuh mangsa berusia antara 16 tahun hinggan 50-an berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu
Tambahnya lagi, mayat mangsa, Ang Tong Poh, 67 tahun berasal dari Sungai Pelek ditemui terdampar di hutan bakau oleh penduduk asal sejauh tiga kilometer daripada lokasi kejadian beberapa jam kemudian.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa diserahkan ke pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Banting,” katanya.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Wanita Ditemui M4ut Selepas Bot Karam, 2 Kanak-Kanak Masih Hilang
SAPULUT – Seorang wanita ditemui lemas manakala tiga individu lain termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon kelmarin.
Mangsa lemas yang berusia 26 tahun ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3 petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihkanya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 1.14 tengah hari.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dan Keningau termasuk anjing pengesan (K9) serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nabawan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Menurut maklumat awal dari pemanggil, terdapat lima mangsa terbabit iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan lelaki berusia 36 tahun berjaya menyelamatkan diri.
“Dua mangsa yang belum ditemui iaitu dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tujuh dan sembilan tahun,” katanya dalam kenyataan media.
Menurutnya, pasukan bomba bertindak membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah surface searching di sekitar kawasan bot karam.
“Penduduk kampung menemui mangsa wanita pada pukul 3.15 petang namun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Pencarian dua lagi mangsa yang memasuki hari ketiga dijalankan disepanjang sungai dengan anggaran pencarian sejauh tiga kilometer,” katanya.
Sementara itu, katanya ketika operasi pencarian dua lagi mangsa dijalankan, terdapat seorang lelaki berusia 38 tahun iaitu kumpulan orang kampung yang turut serta dalam operasi SAR terjatuh ke dalam sungai dan hilang.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika operasi SAR dijalankan membabitkan semua agensi dan orang kampung.
“Operasi SAR tiga mangsa diteruskan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Kosmo